Wayang

Romance Series 32056

“Ehem…” suara Maalik yang berdehem, mengejutkan dia daripada terus merenung lelaki itu. Chrisytal langsung berpura-pura melihat ke arah Aisy dan Farish yang sedang berlari sambil berkejar-kejaran. “Waduh, malunya. Astaga.” bisiknya di dalam hati, sambil menutup mukanya dengan sebelah tangan. Sempat dia menangkap suara Maalik yang tertawa kecil melihatnya. “Jom, duduk sana.” tunjuk Maalik ke arah kerusi kosong di belakang mereka. Chrisytal yang masih tersisa rasa malunya, berjalan laju meninggalkan lelaki itu di belakang.

“Tak perasan pun awak kat sini tadi. Baru sampai ke?” Maalik langsung bertanya setelah dia mengambil tempat duduk di sebelah Chrisytal. Pelik, bagaimana wanita itu boleh berada di situ bersama dengan seorang budak lelaki tadi. “Ya, baru sampai terus Farish ajak ke sini. Tak tau pulak kalau cikgu pun ada kat sini, he…” dia menjawab tanpa memandang ke arah lelaki itu. Hatinya masih berdebar setiap kali berduaan dengan lelaki itu. “Mana awak jumpa Farish?” Maalik ingin tahu tentang budak lelaki yang bersamanya tadi.

“Jumpa? Ha..ha… Taklah, Farish tu anak kepada kawan saya, jadi sementara ibu dia busy, saya tolong jagakan.” terang Chrisytal menahan senyum, mendengar ucapan lelaki itu. Apa dia ingat Farish tu barang ke, main jumpa terus bawa keluar, haih. Dia menoleh ke depan dan melihat Farish bergandingan tangan dengan Aisy, menuju ke arah mereka. “Kakak, Ris nak bawa Aisy makan aiskrim boleh? Tadikan kakak dah janji nak bawa Ris makan aiskrim, aiyooo jangan mungkir janji nanti Allah marah.” bijak Farish mengugut sambil menarik-narik tangannya.

“Hm, yelah tu. Tapi kita kena minta izin dengan daddy Aisy dulu boleh?” Chrisytal mencuit lembut hidung Farish sambil menunjuk ke arah Maalik yang hanya berdiri memerhati mereka. Gilalah kalau nak bawa anak orang keluar tanpa minta izin daripada orang tuanya. “Uncle, boleh ke?” kini Farish memujuk Maalik pula. “Ok, jom uncle belanja makan aiskrim.” ucapnya sambil mengusap kepala Farish dan Aisy lalu menarik tangan mereka menuju ke Mac Donald. Masing-masing gembira dan sudah tidak sabar untuk menikmati aiskrim.

“Lepas ni terus balik ke?” tanya Maalik sambil merenung ke arah Chrisytal, semasa mereka sedang menikmati makanan. Dia juga menoleh melihat Aisy yang nampaknya seronok berbual dan bermain dengan sahabat barunya itu. “Mungkin terus balik. Lagi pula parents Farish dah balik rumah.” jawab Chrisytal sambil menghabiskan suapan terakhirnya. “Oh, ingatkan nak ajak awak dan budak-budak tengok wayang tadi.” ucap Maalik sedikit kecewa apabila rancangannya untuk membawa Farish dan Aisy untuk menonton wayang tidak kesampaian.

“Tengok wayang? Nak ikut, yes…” Farish tiba-tiba menjerit kegirangan sambil berdiri di atas kerusi. Aisy yang duduk berhadapan dengannya turut melakukan hal yang sama, sehingga beberapa pelanggan di situ memandang ke arah mereka. “Aisy, Farish behave please. Duduk.” Maalik menegur mereka berdua dengan lembut. “Kakak cantik, jomlah tengok wayang. Ris dah lama nak tengok wayang, tapi ibu selalu tak sempat.” pinta Farish dengan nada yang sedih. Alamak, boleh pula dia buat muka sedih dengan kita, detik hati Chrisytal. “Cikgu, Aisy want to watch movie with friend, please.” kini, giliran Aisy pula meminta dengan muka comelnya. Kedua-dua mereka sudah duduk sambil memerhati ke arah Chrisytal, menanti jawapan darinya.

“Err…” dia kehilangan kata-kata lalu meminta pertolongan daripada Maalik, namun lelaki itu hanya bersahaja sambil mengangkat kedua bahunya. “Hm, baiklah. Tapi Farish kena janji dengan kakak untuk behave okay?” akhirnya dia bersetuju namun tetap mengingatkan Farish untuk menjaga kelakuan supaya tidak seperti tadi. Tak ke naya kalau tiba-tiba si Farish ni melompat-lompat atas seat macam tadi. “Okay, Ris janji.” budak itu sudah mengangkat kelima jarinya sambil berjanji dengan muka yang ceria. “Alright. Lets go kids.” Maalik berdiri dan mengajak mereka untuk ke panggung wayang. “Thank you.” sempat lelaki itu berbisik di telinganya sebelum dia berlalu untuk memimpin tangan Farish dan Aisy menaiki eskalator.

Thank you yang selalu support novel ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience