Terdetik

Romance Series 32056

Suara seseorang sedang melantunkan ayat suci Al-quran, mengejutkan Chrisytal daripada tidur. Dia mengambil telefon di kepala katil untuk melihat jam yang tertera di situ dan jelas jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Figura yang lengkap bertelengkung dan duduk di atas sejadah itu masih sahaja melantunkan bacaannya yang kedengaran sungguh menenangkan di telinga Chrisytal, yang dari tadi duduk memerhati dari atas katil. Perasaan yang dirasakannya petang tadi, kembali muncul sehingga dia keliru dengan hatinya sendiri.

“Anne? Kamu terganggu dengar suara akak ke? Maaflah, mata akak tak boleh tidur, jadi akak bangun mengaji kejap, alang-alang nak tunggu masuk waktu solat subuh.” suara Kak Ros yang tiba-tiba muncul dihadapannya, menghentikan dia daripada terus mengelamun. Chrisytal tersentak lalu menoleh ke arah Kak Ros yang masih lengkap bertelengkung. “Aa? Eh, tak pa kak. Anne tak terganggu pun, tadi terbangun sebab nak ke tandas. Eh, akak sambunglah lagi, jangan risaulah.” dia tidak mahu menggangu Kak Ros yang kelihatannya sungguh khusyuk tadi.

Kak Ros mengganguk lalu bergerak semula untuk meneruskan bacaannya yang terhenti tadi. Chrisytal masih sahaja duduk terpegun di atas katil dan bermain dengan perasaannya sendiri. Hatinya terdetik untuk bertanyakan sesuatu kepada Kak Ros, namun dia masih ragu dengan keputusannya sendiri. Dia takut jika keputusannya itu akan menyakiti keluarganya terlebih lagi mamanya, Puan Annetha. Lalu, dia mengambil keputusan untuk melupakan seketika hasrat di hati dan memilih untuk merehatkan diri semula. Dia berharap semoga esok, dia akan diberikan sinar dan jawapan kepada keputusannya itu.

“Anne, kamu okay ke? Akak tengok kamu dari semalam macam tertekan je. Kamu ada masalah ke?” tanya Kak Ros memandangnya semasa mereka bersiap turun untuk ke tempat bersarapan. “Kamu, kalau ada masalah cakap. Mana tau akak boleh bantu.” sambungnya lagi sambil tersenyum penuh perhatian. Chrisytal mendiamkan diri, masih takut untuk menyatakan hasratnya kepada Kak Ros. Nafasnya ditarik panjang, cuba untuk menenangkan diri sendiri lalu mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Kak Ros yang dia lihat boleh membantunya dalam masalah itu.

“Kak. Akak rasa Anne layak ke peluk agama Islam?” akhirnya dia melepaskan satu beban yang memberatkan fikirannya selama ini. Terasa bahunya sedikit ringan setelah meluahkan isi hatinya kepada Kak Ros. “Eh, apa pulak Anne cakap macam tu. Islam tak pernah larang sesiapa pun terutamanya orang macam Anne kalau nak mendalami agama dan belajar. Malah, Islam itu mudah.” terang Kak Ros kepadanya dengan tenang. Dia sebenarnya gembira jika Chrisytal ingin memeluk agama Islam dan bersedia untuk membantu saudara barunya itu. “Kenapa Anne tanya? Anne bersedia ke?” tanyanya lagi sambil memandang Chrisytal yang hanya terdiam dari tadi.

“Anne bersedia kak tapi Anne masih zero kalau bab agama Islam, apalagi Anne takut dengan penerimaan keluarga tentang keputusan yang besar ni.” Chrisytal sebenarnya lebih risau dengan reaksi mamanya di kampung walaupun dia tahu, Puan Annetha tidak pernah menghalang keputusan yang diambilnya. “Macam nilah, Anne bincang elok-elok dengan family dan terangkan niat baik Anne nak berhijrah. Kalau pasal belajar, jangan risau sebab insyaallah akak akan bimbing Anne dengan perlahan-lahan. Okay?” pujuk Kak Ros cuba menenangkan Chrisytal yang sedikit lega setelah memuntahkan isi hatinya. Dia hanya mengganguk dan mengumpul keberanian untuk berterus terang dengan keluarga dan terutamanya Laura, sahabat karibnya.

“Whenever you are ready, just tell me. Akak akan sentiasa ada untuk bantu Anne dalam proses tu nanti, jangan risau and one more thing. Akak harap keputusan Anne untuk berhijrah ni adalah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab nanti, akak taknak Anne menyesali keputusan ni dan terus hanyut.” nasihat Kak Ros kepadanya lembut. Chrisytal mengangguk faham kerana dia juga yakin penghijarahanya ini adalah kerana dia menemukan kedamaian dalam Islam dan bukannya kerana sesiapa pun. Dia yakin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience