Get the app for full experience
"Morning, jom teman I breakfast.", terus Diana menyambar lengan Haris. Masih dengan perangai gediknya.
"Eh apa ni. Lepaskan tangan I. Diana, look! Apa yang you nak sebenarnya ni? You faham tak yang I dah ada isteri, and I love her.", tegas Haris , meleraikan pegangan Diana.
"Baby, dia bukan ada pun kat sini. Apa yang you takutkan sangat ni? Let us enjoy this moment.", balas Diana selamba.
"Yes, she is not here. Tapi I bukan jenis macam tu, I wont kill her trust towards me. I datang sini atas dasar kerja, tolong lah faham.", Haris mengatur langkah, tidak mahu menayang drama free di hadapan orang ramai.
"Haris, come on. Okay, just a breakfast. Lagipun you memang free kan." , Diana masih berdegil.
"Fine!", Haris akhirnya akur.
"Your wife tahu I dekat sini?", soal Diana, walaupun sudah tahu benar jawapannya.
Suapan Haris terhenti. Diana dipandangnya.
"No, lagipun kita bukan ada affair ke apa pun kat sini. Tak penting untuk dia tahu.", dia kembali menyuap makanan.
"I dah agak.What if dia tahu? Dia mesti marah kan?", sinis balasan Diana.
"Apa sebenarnya maksud you ni? You jangan macam- macam.", pandangan tajam diberikan kepada wanita dihadapannya itu.
Setelah selesai, Haris terus berlalu pergi, dibiarkan sahaja Diana seorang diri.
"You akan tetap jadi milik I, walaupun I terpaksa guna cara kotor, Haris", tekad Diana.