Bab 52

Romance Completed 34939

Mar sedang leka membaca majalah Wanita sambil berbaring di atas katil.

Haris menolak pintu perlahan, dilihat isterinya di atas katil. Mar tidak menyedari kehadirannya. Haris melangkah masuk.

Perlahan dipanjat katil mereka. Dia tidak mahu menganggu 'mood' isterinya.

Mar melihat suaminya dengan ekor mata. Tiada bicara dari mulut masing-masing. Mar menyambung pembacaannya kembali.

Mar menguap kecil. Mata sudah mula berat.Mar melirik mata ke jam pada dinding. Sudah pukul 10:15 malam.

Mar menarik selimut untuk tidur. Tidurnya tidak menghadap ke arah suaminya. Haris memandang.

"Sayang, kalau benci abang pun jangan lah sampai tidur membelakangi abang. Sayang tahu hukumkan?",perlahan Haris menuturkan ayat.

Mar serba salah. Perlahan-lahan dia mengubah posisi tidurnya. Posisinya kini menghadap Haris. Haris tersenyum, Mar masih patuh padanya.

Tidak mahu terus memandang suaminya, Mar memejamkan mata untuk tidur.

Haris mendekati isterinya. Dikucup lembut ubun-ubun isterinya.

"Selamat malam, sayang.", ucap Haris.

Mar yang masih belum tidur,mendengar ucapan dari suaminya. Tetapi, matanya masih kekal tertutup.

Sudah lebih dua minggu Puan Sarimah di rumah Haris dan Mar.

"Haris, ibu ingat dua atau tiga hari lagi ibu nak balik kampung lah. Dah lama sangat tinggalkan rumah tu.", tutur Puan Sarimah kepada anak lelakinya. Mar hanya memasang telinga.

"Baiklah ibu. Nanti Haris hantar ibu ke stesen bas", Haris membalas.

"Ibu balik nanti, kamu jaga isteri kamu elok-elok.", pesan Puan Sarimah.

"Baik ibu.", balas Haris lagi.

"Mar, kamu telefon je ibu kalau Haris buat hal.", pesan Puan Sarimah kepada anak menantunya.

Mar memandang suaminya. Dia senyum kepada ibu mentuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience