Get the app for full experience
"Kau siap-siap, malam ni kita keluar dinner.", tegur Haris melihat Mar yang masih sibuk mengemas.
"Taknak.", sepatah Mar membalas.
"Ikut je lah."
"Taknak", balas Mar lagi.
"Pukul 8:30 siap.", keputusan Haris muktamad.
"Apa masalah dia ni? Apa dia nak sebenarnya?", fikir Mar sendirian.
Mar sudah bersiap- siap. Sepasang dress berwarna kuning cair dipadankan dengan printed shawl. Sesudah bersiap, digapai handbagnya lalu berlalu ke bawah. Haris sudah menunggu.
Sepadan pula pakaian mereka pada malam itu. Haris mengenakan sepasang t-shirt berkolar berwarna kuning cair dan berseluar jeans.
Mereka sampai di sebuah restoran mewah, suasana yang sangat romantik.
Mar makin pelik. Perlahan- lahan dia mengatur langkah. Haris menarik kerusi, Mar duduk sambil memandang Haris pelik.
"So, ke mana kau hilang selama ni?", Haris memulakan bicara.
"Australia", jawab Mar sepatah.
"Buat apa dekat sana? Sampai ke sana kau lari.", sinis ayat dari Haris.
"None of your business. Bukan you kisah pun, dah halau dah kan.", untuk kesekian kali Mar mengingatkan Haris.
"Macam mana kau tau aku tak kisah? Kau tau ke aku cari kau ke tak?", soal Haris, dia memandang tepat ke dalam mata Mar.
Mar terdiam, sememangnya dia tidak tahu. Apabila ada yang mahu bercerita pasal Haris, terus sahaja dipotong.
Latest update:
11:14a.m ,7/4/2018