Get the app for full experience
Hari demi hari berlalu, hubungan mereka tetap juga tidak semakin baik. Mar ketimur, Haris kebarat.
"Mar, dah berapa lama Haris tak balik rumah?", Kak Ain bersuara. Kasihan melihat Mar yang tiada lagi riak kegembiraan, suram sepanjang masa.
"Dah lama akak, dekat sebulan dah dia tak balik. Dulu ada sekali dia balik, tapi kejap je. Lepastu, sampai sekarang tak ada call, mesej.", balas Mar. Kak Aina menjadi tempat dia mengadu selama ini.
"Melampaulah Haris ni. Sampai hati dia buat Mar macam ni, mentang- mentang dah ada isteri baru.", Kak Aina pula yang naik angin, pelik dengan perangai Haris.
"Biarlah akak. Mar okay je. Lagipun, Diana kan sakit. Memang patut pun dia spend lebih masa untuk Diana.", Mar membela Haris, benar apa yang dibicarakan. Diana sudah seminggu lebih tidak ke pejabat, Haris yang selama ini menjaganya di rumah.
"Yelah, tapi tak adil lah dia buat Mar macam ni. Mar masih lagi isteri dia, setidak-tidaknya call takpun, mesej." , Kak Aina masih tidak berpuas hati.
"Tak apa lah akak. Mar redha. Mungkin ni balasan atas dosa Mar selama ni dekat Haris.",ucap Mar dalam tangisan yang ditahan.
"Mar banyak- banyak bersabar ye. Kalau Mar bosan kat rumah sorang- sorang, datanglah rumah akak.", Kak Aina memujuk, sayang benar dia kepada wanita itu. Kasihan kerana dia diperlakukan seperti itu oleh Haris.
Latest update:
6:30p.m. , 31/3/2108
GUYS, MAAF TAU KALAU ADA TYPO OR SALAH KAT MANA².. RUSHING NAK SIAPKAN, UNTUK UOLLS THANKS KEPADA YANG MASIH SETIA.. MUAHHH..