Get the app for full experience
"Kau memang sengaja kan? Kau nak bagi dia gugur ke apa hah?", Haris membantu Diana untuk bangun. Nasib menyebelahinya kerana tidak berlaku sebarang pendarahan.
"Bukan salah I, lantai tu licin tapi dia yang lalu kenapa?", Mar membela diri.
"Dahlah sayang. Sikit je ni", Diana mencelah.
"Dah! Aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ni. Aku bagi kau masa sejam untuk kemas barang- barang kau.", Haris berang, tajam dia memandang Mar.
Tragedi lama berulang kembali, diusir tanpa belas kasihan. Mar akur, Haris memang nekad, api kebencian jelas terpancar di matanya.
Mar selesai mengemas pakaian dan keperluan yang lain. Buntu akal mahu ke mana.
Dia mengheret bagasi kecilnya, Haris dan Diana sudah menunggu di depan pintu. Sungguh dia terasa hina dan malu.
"Aku tak nak tengok muka kau dah. Jangan ingat aku akan ceraikan kau, aku takkan biarkan kau dengan jantan tu.", terngiang pesanan Haris di telinganya.
Matanya berkaca, perlahan - lahan dia mengatur langkah dalam malam yang pekat. Ke mana harus dia pergi.
"Cik, nak ke mana?", soal seorang pak cik teksi yang memberhentikan teksinya.
Mar memasukkan begnya ke dalam teksi. Hanya nama Kak Aina yang bermain di fikirannya.
"Ni alamatnya pak cik", Mar menghulurkan secebis kertas. Dengan sedikit wang yang ada, dia masih mampu untuk membayar sewa teksi.
Dia menangis semahunya, tidak lagi segan dengan pak cik teksi itu. Tangisan yang ditahan, akhirnya dihamburkan.
Latest update:
6:10p.m ,6/4/2018