"Waalaikumussalam. Haris dengan Mar sihat saja ibu.", Haris membalas. Ibunya sudah risau dihujung talian kerana sudah lama tidak menelefon.
"Hah? Ibu nak datang? Rumah Haris? Bo..boleh je."
"Esok? Ha, esok Haris ambil ibu dekat stesen bas."
Haris sudah gelabah.Tidak mahu kantoi dengan ibunya. Mahu dipiat telinga,dibebel sepuluh hari pun tak habis-habis.
"Mar!", Haris menjerit memanggil nama Mar.
Mar muncul dari dapur. Pelik dengan Haris yang tiba-tiba memekik.
"Kau kemas barang-barang kau, bawa masuk bilik aku.",arah Haris.
Lagilah Mar pelik. Berkerut dahinya.
"Kau tak payah nak perasan ke apa. Ibu nak datang esok. Cepat kemas barang.", sambung Haris lagi.
Mar terus mengemaskan barang-barangnya. Dipindahkan ke bilik Haris. Bilik itu, sungguh dia rindu.
"Masuklah ibu.", Haris bersuara.
"Mar mana ni?", Puan Sarimah terus mencari Mar setelah menjejakkan kai ke dalam rumah itu.
"Sayang, ibu dah sampai ni", Haris memanggil Mar.
Mar memunculkan diri.
"Maaf, ibu. Mar dekat dapur tadi.", Mar menyalami tangan ibu mertuanya. Sungguh lama tidak bersua muka.
Puan Sarimah memeluk Mar. Rindu. Dia memegang perut Mar sambil tersenyum.
"Dah berapa bulan ni?",soal Puan Sarimah.
"Dah tiga bulan lebih dah ibu.", Mar membalas.
"Ibu, Haris angkat barang ibu masuk bilik dulu. Ibu borak-borak lah dulu dengan menantu kesayangan ibu ni.",Haris memandang Mar, menjegilkan matanya agar Mar tidak membongkarkan rahsia mereka.
"Macam mana Mar? Anak ibu tak buat hal kan?", soal Puan Sarimah seperti pihak polis gayanya.
Mar tergelak kecil.
"Okay je lah ibu. Abang layan Mar dengan baik. Ibu percayakan dengan anak ibu.", Mar membalas. Serba salah juga kerana terpaksa menipu.
"Ibu bukan apa. Takut dia tak dapat terima Mar sebab terkenangkan arwah isteri dia tu.", Puan Sarimah menyuarakan isi hatinya.
"Memang abang tak dapat lupakan arwah Qila, ibu. Hatinya masih pada arwah.", ingin saja Mar memberitahu yang terbuku di lubuk hatinya
"Hah. Apa ibu mengumpat pasal Haris? Sayang, ngumpat abang eh?", Haris berlagak mesra.
Mar dan Puan Sarimah ketawa bersama.
"Jom ibu, kita makan. Mar dah masak special untuk ibu.", Mar menukar topik perbualan.
Share this novel