Bab 99

Romance Completed 34939

"Boleh tak kalau tak cakap pasal tu?", Mar terus menukar topik.

"Then, nak cakap pasal apa?", soal Haris kembali.

"Tak payah cakap, I tak ada mood nak berbual.", jeling Mar.

"Hari ni hari apa?", soal Haris tiba-tiba.

Mar tidak menjawab, berpura- pura tidak mendengar. Menyangka Haris sengaja mahu memancingnya untuk berborak.

"Aku tanya, kau dengar tak?", soal Haris lagi. Geram kerana tidak diendahkan oleh Mar.

"Hari apa? Hari ni hari Khamis? So?", soal Mar kembali,langsung tidak dapat mengagak.

Haris meletakkan kotak kecil di atas meja.
"Ambil lah.", arah Haris.

Mar hanya melihat, tidak mahu dilabel mata duitan oleh Haris.

Haris meletakkan kotak kecil di atas meja.
"Ambil lah.", arah Haris.

Mar hanya melihat, tidak mahu dilabel mata duitan oleh Haris.
"Tak nak lah.", balas Mar.

Haris terus bangun dari kerusinya. Kotak itu dipegang, dia berdiri di hadapan Mar. Seutas gelang dikeluarkan dari kotak itu.

Lengan Mar digapai, disarungkan gelang emas itu walaupun Mar seperti mahu menolak.
"Happy Annivesary. Tak sangka kau dah lupa.", ucap Haris dalam nada kecewa.

Latest update:
11:18a.m ,7/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience