Get the app for full experience
"Baiklah. Abang dah fikir, and abang setuju dengan permintaan sayang. Tapi abang buat semua ni demi sayang. Abang nak sayang tahu yang abang akan tetap sayang Qila sorang ja.", getus Haris kepada isterinya.
Gembira hati Qila kerana berjaya memujuk suaminya. Rela dikorbankan kebahagiannya demi suami yang dicintai.
Masa yang tersisa buatnya semakin kurang. Dia hanya ingin melihat orang- orang disayangi bahagia sebelum dia pergi menghadap Ilahi.
"Alhamdulillah. Terima kasih abang. Qila harap abang akan bahagia. Qila tahu yang Mar betul-betul cintakan abang dan dia mampu bahagiakan abang lebih dari yang Qila mampu," bersyukur Qila. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
Sesungguhnya dia keliru.
Adakah air mata itu tanda kegembiraan?
Ataupun tanda kesedihan.
##########################
"Abang, Mar dah call Qila banyak kali. Mengadu yang abang tak nak pergi fitting baju pengantin. Kesian dia, kenapa abang buat dia macam tu? ", ucap Qila sebaik saja melihat suaminya yang baru pulang.
"Abang penatlah sayang. Banyak lagi lah kerja abang nak uruskan. Pakai je lah baju apa pun.", balas Haris. Muak dengan perangai Mar yang gemar mengambil kesempatan terhadap kebaikan isterinya.
"Abang, abang nikah next week kan. Jangan lambat-lambatkan lagi, nanti susah kita. Kesian Mar. Abang pergi eh esok dengan Mar, please.", pujuk Qila.
Haris sekadar menangguk. Malas hendak serabutkan kepala dengan hal pernikahannya. Baginya, dia hanya menuruti permintaan Qila.
Mar tak pernah dicintainya, dan tak akan pernah. Yakin Haris dengan perasaannya. Cintanya hanya untuk Syaqila binti Mohd , bukan untuk Maria Isabella binti Samsul.