Bab 69

Romance Completed 34939

"You nak apa,Haris?," soal Mar terus.

"Kenapa abang call tadi voicemail? Sayang on call dengan siapa?", soal Haris kembali.

" None of your bussiness. Tu je you call kan? I dah mengantuk ni.," jujur Mar.

"Mar, please. Kenapa nak mengelak dari abang. You decide this, sayang yang nak abang kahwin dengan Diana.," Haris buntu.

Mar melepaskan ketawa kecil.

"Salah I? For all this pain? You nak salahkan I?," kecewa diperlakukan sebegitu.

Haris terdiam, tersalah tutur kata.

"Baby, you call siapa tu?Isteri you? Tell her, you'll be mine tonight.," kedengaran suara Diana di hujung talian.

Mar memejamkan mata. Tidak sanggup menghadam ayat yang baru didengar. Terhiris hatinya, hati seorang wanita, hati seorang insan bergelar isteri. Terus saja diputuskan talian, handphone terus dimatikan. Mata dipaksa pejam, tidak mahu lagi memikirkannya lagi, dia perlukan rehat.

#############

"Mar, Encik Mikail suruh Mar masuk bilik dia tadi.", pesan salah seorang staf setelah melihat Mar sampai.

"You okay Mar? Kenapa tak ambil cuti je dua tiga hari?", terus Mikail bersuara.

"Lah, sebab ni je ke you panggil I?", Mar separuh ketawa walaupun sudah tahu soalan sebegitu bakal diterima.

Mikail hanya tersenyum nipis. Masih menanti jawapan dari Mar.

"I okay, buat apa I cuti, bukan I yang kahwin pun.", selamba jawapan darinya.

"Haris dengan Diana pun datang office, you tak terserempak dengan diaorang? Pelik I, I dah kasi cuti, still datang office.", balas Mikail pula.

"Ohh, ada I nampak Diana tadi.", tipu Mar, dia sendiri terkejut mendengar khabar tersebut.

"You ada apa- apa lagi nak tanya I? I keluar dulu.", Mar menguntumkan sebaris senyuman.

"Hah? A'ah tu je.", masih terpegun Mikail dengan kecantikan wanita dihadapannya itu, malah kagum dengan ketabahannya.

Latest update:
2:32 p.m , 28/3/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience