Get the app for full experience
"Sayang, kenapa ni? Muram je muka. Senyumlah sikit, isteriku sayang", ucap Haris kepada isteri tercinta.
Dikucup pipi isterinya penuh kasih sayang.Kasih sayang kepada isterinya tidak pernah berkurang.
Semakin hari perasaan cinta makin menggebu. Meskipun isu cahaya mata sentiasa menjadi bualan orang-orang.
"Mana ada.Qila penat sikitlah hari ni abang", balas Qila tersenyum untuk menutup kesedihan di hatinya.
" Iye lah tu. Sayang jangan nak tipu abang. I know you very well.", ucap Haris sambil mencuit hidung si isteri.
"Dah la, betul takde pape. Cuma Qila bosan lah duduk rumah, kan seronok kalau kita ada anak.", Qila menyapu air mata agar tidak dilihat suaminya.
"Sudah-sudah lah pasal tu sayang. Why not kita ambil je anak angkat? Boleh sayang dapat kawan, takde la bosan je", cadang Haris.
" Tak sama abang, saya nak anak sendiri. Abang takkan tak nak anak dari benih abang sendiri?",soal Qila.
Buntu Haris nak menjawabnya. Memang tak dinafikan yang dia juga ingin anak dari benihnya sendiri.
Tetapi hal itu mustahil kerana Qila tidak lagi mampu mengandung kerana tragedi yang menimpa isterinya setahun lalu.
########################
"Mar, Maria kan? Qila ni. Rindunya dekat Mar. Mana Mar menghilang selama ni?," tegur Qila,terlalu gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan sahabatnya yang sudah lama menghilang
Sungguh tidak disangka mereka akan bertemu di shopping mall ini.
"Qila!! Mar pun rindu Qila. Mar minta maaf sebab putuskan persahabatan kita disebabkan hal kecil je. Maafkan Mar.", ucap Mar tersenyum.
"Tak apa. Qila dah lama maafkan Mar. Jom kita singgah makan dulu.", balas Qila ramah.
"Jom"
"BODOH KAU QILA. SENANG JE NAK TIPU PEREMPUAN BODOH MACAM KAU. HARIS AKAN TETAP JADI MILIK AKU. THIS IS MARIA, I ALWAYS GET WHAT I WANT! "