Bab 3

Romance Completed 34939

"Abang, teka tadi Qila jumpa siapa kat shopping mall? Cepat teka",ucap Qila kepada suaminya yang sibuk membelai rambutnya.

"Emmm. Sapa yang sayang jumpa sampai sayang happy semacam ni? Mesti orang tu special kan? Bagitahu je lah siapa", balas Haris sambil mencuim ubun-ubun isterinya.

"Maria. Qila jumpa dia tadi. Dia masih cantik macam dulu abang.", jawab Qila.

Jawapan yang keluar dari mulut isterinya menyebabkan Haris terhenti membelai rambut isterinya seketika. Dia tahu yang Maria memang sudah lama menyukainya.

Meskipun jika Qila tidak memberitahunya 5 tahun lalu, dia memang sudah mengetahuinya dari awal lagi.Cuma hatinya memang sudah terpikat pada Syaqila.

"Ehem. So, dia dah kawin?", balas Haris sekadar berbasa basi.

"Belum. Dia tunggu abang agaknya. Ehehehe.", sakat Qila.

"Haih. Apa cakap macam tu, abang tak suka. Nak kena isteri abang ni eh.", getus Haris sambil menggeletek pinggang si isteri kerana menyakatnya.

Menjerit kegelian Syaqila. Suaminya tahu kelemahannya, digeletek sikit pun sudah geli.

"Abang. Stop stop. Qila surrender.", Qila mengalah dek kehabisan nafas kerana penat menjerit kegelian.

"Ha..Tau pun. Dah jom tidur".

######################

"Abang, tolong carikan benang dengan jarum dalam laci almari dalam bilik kejap.", arah Qila kepada suaminya.

"Ok ,kejap abang carikan".Haris menarik laci untuk mencari barang yang dikehendaki suaminya.

Sedang dia sibuk mencari,tiba- tiba dia matanya tertarik pada satu surat. Hatinya meronta-ronta ingin membaca surat itu. Diluar sampulnya tertulis surat dari hospital.

"Takkan Qila sembunyikan sesuatu dari aku.",ujar Haris sendiri. Akhirnya dia memutuskan untuk membaca surat tersebut. Ternyata isi surat itu memeranjatkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience