Get the app for full experience
"Welcome to Pantai Kuta!!", Mar over excited. Haris hanya selamba seperti biasa.
"Cantik.", balas Haris.
Mereka berjalan seiringan di persisiran pantai, menikmati keindahan di situ. Ramai pelancong malah penduduk tempat yang berkunjung ke situ.
Perlahan Mar memaut lengan Haris, diharap Haris tidak menepis. Hanya seketika, Haris pantas menolak pautan tangan Mar, dia pura-pura menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
"You, jom ambil gambar berdua.", jerit Mar yang sedikit ketinggalan di belakang. Dia masih mahu mencuba. Dipercepat langkah, menyaingi langkah Haris.
"You, dengar tak I cakap?", soal Mar.
"Hah, kenapa?", soal Haris kembali.
"Jomlah ambil gambar kita berdua.", pujuk Mar.
"Tak payahlah susahkan orang pulak nak ambilkan gambar kita.", Haris memberi alasan.
"Okay, kalau macam tu kita selfie.", Mar sudah bersedia mengeluarkan handphonenya.
"Tak apalah, tak suka selfie.", Haris menolak lagi.
Haris meneruskan langkahnya. Mar terdiam, sekali lagi dia 'makan hati'.
Dan sekali lagi air matanya menitis. Sudah banyak kali dia menurunkan egonya, tetapi Haris masih lagi berkeras.
##############################
"Apa semua ni?", berang Haris melihat Mar yang sibuk mengemas pakaian.
Mar menghilangkan diri sejak di pantai tadi. Sebaik saja Haris pusing, Mar sudah hilang dari pandangannya. Panggilan langsung tidak berjawab. Sudah dia sangka Mar pulang ke hotel.
"Balik lagi bagus.", balas Mar geram.
"You yang beria nak datang sini kan. You yang beria minta cuti semua tu kan.....
"Yes, memang I yang beria. I sorang yang je yang beria, bukan you. Sebab tu jadi macam ni. Nak buat apa lagi lama- lama kat sini.", habis dihambur oleh Mar isi hatinya.
"Jangan buat perangai macam budak-budak sangat boleh tak? Takkan nak balik macam tu je? Ingat senang ke nak dapatkan tiket flight?", balas Haris.
"Perangai macam budak- budak? I ke you sekarang ni?", bidas Mar pula.
"Kemas balik baju- baju tu. Jangan nak mimpi boleh balik sekarang. Passport you ada dekat I.", sinis balasan dari Haris.
Mar terus membuka pursenya, ternyata benar passportnya sudah hilang. Bila pula Haris ambil!