Bab 50

Romance Completed 34939

"Mar dah tidur ibu?", soal Haris.

Puan Sarimah mengangguk. Haris yang tadi hanya menjengukkan kepala, terus melangkah masuk ke dalam. Takut Mar akan mengamuk lagi bila nampak mukanya.

Haris memandang isterinya.Sembab. Menangis mungkin. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhampiran katil isterinya.

"Bersabarlah Haris.", Puan Sarimah memegang bahu Haris. Faham akan situasi yang dihadapi oleh Haris.

Puan Sarimah meminta diri untuk ke surau kerana belum menunaikan solat Asar. Kak Aina dan Mikail dah lama pulang atas urusan kerja.

Haris memandang isterinya. Sungguh dia menyesal atas perbuatannya yang lalu. Tanpa disedari, Haris tertidur di situ.

Haris terjaga dari tidurnya kerana terdengar tangisan Mar. Mar mengigau agaknya, tapi dia menangis. Tidak tahu apa yang dimimpikan.

Haris menepuk- nepuk isterinya perlahan supaya berhenti menangis. Mar akhirnya terjaga.

"Keluar. Aku cakap keluar.", Mar kembali menggila. Dilempar bantal-bantal kepada Haris.

"Maafkan abang sayang. Abang betul-betul menyesal. Tolong bagi abang peluang.", Haris meminta.

"Keluar!",Mar tidak berhenti menjerit. Haris memeluk isterinya, menghalang Mar untuk bertindak kasar.Mar tetap meronta-ronta di dalam pelukan Haris.

"Doktor!", Haris memanggil doktor.

Seorang doktor dan jururawat datang. Mar diberikan ubat penenang. Akhirnya dia kembali terlena.

"Jangan terlalu bebankan patient. Jangan bagi dia stress.Tak lama lagi dia dah boleh discharge.", pesan doktor itu kepada Haris.

Haris menatap wajah isterinya. Tanpa disedari, air matanya gugur.

"Maafkan abang.", Haris mengucup dahi Mar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience