"Tulah, sapa suruh sayang jual mahal sangat dekat abang. Dah pujuk tak nak juga nak baik. Abang merajuklah balik, baru sayang rasa tinggi ke tak langit tu.", Haris ketawa memandang wajah cemberut isterinya.
"Mana adil, abang merajuk lagi lama. Salah abang juga buat sayang merajuk pun. Abang yang dulu buat perangai sampai Mar pun abang ha.....
Terus terhenti kata-kata Mar, secara tidak sengaja dia terkenang akan salah satu peristiwa pahit hidupnya.
"Abang minta maaf. Abang sedar semua salah abang. Abang terlalu buta untuk menilai semua tu. Losing you make our love even stronger.
Mar cuba tersenyum walaupun pahit, tidak mahu mematikan suasana bahagia mereka.
"Sayang, abang rasa kita kena extend cutilah. Tak cukup seminggu ni, harini pun dah hari kelima kita kat sini.", Haris memberi pandangan selamba.
"Tak nak lah. Abang jugakan yang tak nak lama- lama dekat ni.", Mar memerli suaminya.
"Oooo, nak perli abang lah ni ye?", terus Haris menggeletek pinggang isterinya. Terus sahaja bilik itu bergema dengan tawa dan jeritan Mar yang kegelian.
"Abang... dah-dah. Sorry. Mar tak ungkit dah.", Mar mengalah.
"Kita extend cuti eh? Seminggu lagi ke. By the way, ibu call tadi, ibu cakap dia nak cucu. Sebab tu kita kena extend lagi cuti", Haris melepaskan ketawanya.
"Sejak bila nakal macam ni eh?", Mar pura-pura berfikir sambil mengecilkan mata memandang Haris.
"Nak kena lagi eh? Sini!", sekali lagi Haris menggeletek pinggang isterinya.
Maka, bergema lagi bilik itu dengan gelak tawa dan jeritan bahagia mereka berdua. Bahagia yang sebenar.
(TAMAT)
Alhamdulillah, akhirnya tamat juga 'Izinkan Aku Bahagia'. Maaf buat korang tertunggu, lambat update. Sorry lah, sis busy dengan kelas and so on. Hehehee.. Teruskan support sis 'Noname'.
Baca juga karya kedua saya 'Bisakah Bahagia'. Klik je kat profile saya.
Sincerely,
Noname??
Share this novel