Get the app for full experience
"You, next week kita pergi bercuti kat Bali nak tak?", Mar membuka topik perbualan. Dia menanti jawapan dari Haris.
"Jangan merepek boleh tak? Kita kerja kan, tak ada masa nak bercuti semua ni.", jawapan dari Haris ternyata sudah dijangka oleh Mar.
"Tapi I dah beli tiket....
"What?", terus Haris memandang Mar.
"I dah beli tiket. So, nak tak nak kita kena pergi juga."
"I tak nak dengar No dari you. Pasal cuti I dah bagitahu Mikail.", Mar laju menyambung, melihat Haris yang seakan mahu membantah.
Haris akhirnya mengalah, dia akur.
"Berapa lama kita pergi sana?", soal Haris.
"Tak lama, seminggu je", balas Mar teruja.
"Tak lama you cakap?", bulat mata Haris, dia memicit dahi.
"Mana ada lama, okay lah tu. Takkan nak pergi dua tiga hari je.", Mar mempertahankan keputusannya.
Haris mengeluh untuk kesekian kalinya.
#####################
"Seat kita terpisah tau, tak tahulah apa problem diaorang ni.", Mar memberitahu Haris yang leka dengan by handphonenya.
"You dengar tak ni?", Mar meragut handphone di tangan Haris.
"Yes, I dengar. Sini, handphone tu.", mendatar sahaja suara Haris. Tiada langsung riak gembira.
"You, jom! Dah nak berlepas tu.", Mar menarik lengan Haris mengikutinya.
"Seat I C2, you F2 tau. Tu, situ.", arah Mar seolah-olah Haris kanak-kanak.
"Yes, I know. I am not a kid.", balas Haris selamba.
Secara sembunyi Haris memerhati isterinya. Ternyata seat sebelah Mar adalah seorang lelaki, tidak pula dia terfikir keadaan ini akan berlaku. Mar dari tadi sudah melelapkan mata.
Haris ternyata tidak selesa melihat isterinya berada di sebelah lelaki yang tidak dikenali. Dia perlahan-lahan bangun dan mendekati seat isterinya.
"Bro, do you mind kalau kita tukar seat?", soal Haris kepada lelaki tersebut.
"Dah kenapa?", soal lelaki itu kembali.
"Tu isteri aku bro, ni buktinya. Tak kisah kan?", Haris tersenyum kemenangan.
"Yelah, haih.", keluh lelaki tadi, sedikit kecewa kerana gadis di sebelahnya ternyata sudah berkahwin.
Mar dari tadi masih nyenyak tidur, tidak menyedari situasi yang berlaku.
Haris memandang isterinya lama. Disentuh lembut jemarinya lalu digengam. Mar masih juga tidak sedar. Akhirnya Haris turut terlena.