Get the app for full experience
Sejak keberangkataannya ke Australia, Mikail sentiasa berbalas emel dengan Mar. Tidak mahu terputus hubungan dengan Mar untuj memastikan wanita itu baik dan selamat.
Handphonenya berdering, Kak Aina menghubungi.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah Mar sihat.", balas Mar di hujung talian. Hanya Kak Aina seorang yang mengetahui no telefon barunya.
"Mar bila nak balik Malaysia? Akak rindu lah dekat Mar.", ucap Kak Aina.
"Tapi...
"Jangan risau, Mar datang je rumah akak.", Kak Aina memotong.
"Nantilah Mar fikirkan. Akak sihat?", soal Mar kembali.
"Akak sihat,famili pun sihat.", balas Kak Aina.
"Haritu Haris...
"Maaf akak, Mar dah tak tahu apa- apa pasal dia.", pantas Mar memotong.
"Akak minta maaf", balas Kak Aina.
Banyak juga yang dibualkan dengan Kak Aina. Wanita itu yang banyak membantunya dari dahulu.
Tipulah kalau dia tidak teringatkan Haris. Tetapi, makin sakit hatinya teringat akan kenangan pahit tersebut, hatinya sudah tawar.
"Sampai bila aku nak lari? Aku juga mahu hidup dengan bebas.", fikir Mar.
"Ya, aku harus pulang ke Malaysia. Aku harus lupakan dia, dia dah lama buang aku", tekad Mar sendirian. Dia mahu lebih kuat, sebagai wanita yang berjiwa baharu.
Latest update:
6:24p.m, 6/4/2018