Get the app for full experience
Suasana di KLIA2 sungguh meriah. Ramai yang menunggu untuk menyambut kedatangan mungkin saudara mara atau keluarga. Suhana sudah pun berangkat pergi bersama keluarganya.
Mar berjalan- jalan sambil menarik bagasinya, dia terpaksa pulang sendiri kerana Kak Aina tidak dapat menjemputnya.
"Is that you Mar?", tegur seorang lelaki yang sangat dikenali Mar.
Dia memalingkan muka mencari gerangan suara. Ya dia Mikail!
"Yes, I am.", balas Mar sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, makin manis you bertudung. Sejak bila ni, tak bagitahu I pun nak balik.", balas Mikail
"Sorry, I lupa nak bagitahu you. Kak Aina je yang tahu. By the way, you buat apa kat sini?", soal Mar pula.
"Oh, I hantar kawan I tadi. Dia fly pergi Jepun. Ni you nak balik macam mana ni?, balas Mikail.
"Teksi je.", balas Mar.
"I hantar you balik lah.", pelawa Mikail.
"Okay then.", masak sangat Mar dengan Mikail.
"How's your life dekat sana?", soal Mikail sambil memandu.
"Okay, orang kat sana pun baik- baik.", balas Mar.
"Hmmm. Haris tahu you balik ni?", berhati- hati Mikail menyusun ayat.
"Dia tak pernah kisah pasal hidup I, buat apa dia nak tahu?", balas Mar tegas.
"Okay, sorry. I tahu you tak suka I sebut nama dia.", Mikail tersengih.
Latest update:
6:25p.m, 6/4/2018