Bab 22

Romance Completed 34939

"Mar, dah lewat ni. Nanti terlewat pulak pergi kerja.", Haris menggocang lembut bahu Mar yang masih nyenyak tidur.

"I tak pergi kerja lah hari ni, tak sedap badan.", balas Mar lemah bercampur dengan sisa mengantuk.

Haris terus menyentuh dahi isterinya. Panas. Demam agaknya.

"Jom, I hantar you pergi klinik. ", Haris bersuara. Risau juga dengan keadaan Mar.

"No, I tak nak pergi klinik. Just telan panadol, ok la kejap lagi. You just tak payah susah-susah la. Pergi je lah kerja", balas Mar.

"Mana boleh macam tu.", Haris bersuara lagi.

"Yes I can. Kalau tak lega juga, then baru pergi klinik.", Mar menjawab. Tidak mahu kalah dalam acara bertikam lidah antara mereka.

Haris terpaksa membiarkan Mar tetap dengan keputusannya. Sudah kenal benar dengan sikap keras kepalanya.

##########################

Haris melangkah masuk ke dalam rumah. Awal dia pulang, terpaksa dia mereka alasan agar tidak disyaki sesiapa.

Terus dia menuju ke bilik untuk memeriksa keadaan Mar. Dilihatnya Mar masih berselubung comforter.

Didekati isterinya, ditekapkan belakang tangannya ke dahi Mar.

Panas.

Terus dia menyinting lengan kemejanya.
Dia mengambil tuala kecil,direndam ke dalam air suam, diletakkan pada dahi Mar. Mujur Mar tidak bergerak, nyenyak saja tidurnya.

Haris menatap wajah isterinya. Sedikit pucat , tetapi masih cantik.Tanpa disedari, senyuman terukir dibibirnya.

Haris keliru. Keliru dengan perasaannys sendiri. Kenapa dia risau, kenapa dia ambil berat tentang Mar? Keliru adakah atas dasar simpati atau cinta.

Mar terjaga dari tidurnya. Terkejut kerana mendapati Haris ada disebelahnya. Haris tertidur sambil tangannya mengenggam jari jemari Mar.

Mar memerhatikan sahaja Haris. Terusik hatinya dengan kebaikan Haris. Dia mengukirkan senyuman. Perlahan-lahan dia menolak rambut yang menutupi dahi Haris.

Diusap lembut pipi suaminya. Sedih kerana tidak pernah berkesempatan berbuat demikan. Tidak pernah dapat merasakan kasih sayang suami yang dicintai. Perlahan- lahan dia mendekatkan bibirnya ke pipi Haris. Dikucup lembut, Haris tidak bergerak. Dia tidak mahu lama-lama, takut Haris terjaga.

Pening kepalanya sudah beransur pulih. Mahu dia bangun untuk pergi ke tandas. Sedang berkira-kira untuk menarik tangannya dari genggaman Haris, terasa genggamannya semakin kuat.

Tiba-tiba Haris memanggungkan kepalanya. Mar terkejut. Alamak, kantoi,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience