Bab 13

Romance Completed 34948

Haris terjaga dari tidurnya. Sudah pukul 7 pagi. Mar sudah tiada di sebelahnya. Haris melangkah ke bilik mandi untuk bersiap ke tempat kerja.

Sebaik saja turun untuk sarapan, dilihat Mar sedang menghidangkan sarapan buat mereka.

Haris bersyukur kerana walaupun hubungan mereka agak dingin,tetapi Mar masih menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

"Tak payah you nak tenung I, makan je lah roti tu, kang lambat pulak nak ke kerja.", bebel Mar yang perasan Haris dari tadi merenungnya.

"Macam ni you pakai nak pergi kerja? Seriously, you pergi tukar sekarang. You nak tunjuk body you dekat siapa?Arwah Qila tak pernah pakai macam ni,dia tahu macam mana nak jaga maruah I sebagai suami", tegas Haris. Sakit matanya melihat cara pemakaian Maria.

"Okay fine. Tak payah lah nak bandingkan I dengan arwah isteri you. I tahu lah I bukan isteri pilihan you", bebel Mar sambil mendaki tangga.

"Menjawab pulak", jeling Haris.

##########################

Mar menuruni tangga dengan muka masam, menunjukkan protes barang kali.

"I dah nak gerak ni", Haris menghulurkan tangan kepada Mar.

Mar tunduk untuk menyalami tangan suaminya. Setelah kereta Haris berlalu pergi, Mar juga sudah berkira- kira untuk bergerak ke pejabatnya.

Ini merupakan hari pertamanya bekerja di syarikat baru itu. J&N Holding. Sebelum ini dia hanya bekerja di sebuah syarikat kecil.

Dia tidak boleh lambat ke tempat kerjanya. Mar menggapai kunci kereta di atas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience