Get the app for full experience
Cahaya matahari yang terik membuatkan Haris terjaga. Terkebil-kebil matanya mencari Mar. Tiada disebelah.
Dicapai I-Phone 6 miliknya. Sudah pukul 8 pagi. Terus dia ke bilik air untuk mandi kerana perut sudah mengeluarkan bunyi petir.
Sesudah selesai mandi, Haris terus ke dapur untuk mencari makan. Terlihat Puan Sarimah sedang menghidangkan sarapan pagi.
"Selamat pagi, ibu. Mar mana ,bu? ", soal Haris sambil mencari-cari Mar.
"Tu hah isteri kamu.", balas Puan Sarimah. Sudah biasa dengan perangai pengantin baru. Mahu berkepit sahaja.
Mar yang dari tadi sudah mengetahui kehadiran Haris senyap sahaja di sinki. Dia juga mendengar yang Haris mencarinya.
"Paknye, Mar ! Jom sarapan", jerit Puan Sarimah.
Mar datang sambil membawa seteko teh panas yang dibuat. Dia hanya membuat muka selamba.Masih kecil hati dengan Haris.
Haris memerhatikan Mar dengan ekor matanya. Dia tahu yang Mar masih berkecil hati.
"You nak makan apa?", soal Mar tanpa memandang wajah Haris.
"Bihun je lah", balas Haris.
Mar menurut. Dicedoknya bihun untuk Haris, lalu dituangnya teh ke dalam cawan.
Sesudah selesai makan, cepat-cepat Mar ke sinki untuk membasuh pinggan. Malas hendak menghadap muka Haris lama-lama.
"Ehem. You marah dengan I lagi?", tanya Haris yang tiba-tiba datang.
Persoalannya sekadar dibiarkan sepi oleh Mar. Dipercepatkan kerjanya. Haris menggongcang lengan Mar untuk mendapatkan jawapan. Mar menepis.
"Ish , nampak tak I tengah buat kerja ni?", soal Mar kembali. Tegas nadanya.
"You tak jawab soalan I. Selagi you tak jawab, you jangan harap boleh lepas dari I", ugut Haris.
Ditarik kembali lengan Mar
"What is your problem Haris? Fine, memang I marah you. Puas hati? Dah dapat jawapan kan? Let me go", tangannya ditarik dari pegangan Haris.
"Mar, I minta maaf. I tak berniat nak buat you kecil hati. I minta maaf sebab buat masa sekarang I masih tak boleh terima you sebagai isteri I.", balas Haris kendur.
"Dah habis kan?", ujar Mar sebelum meninggalkan Haris.