Get the app for full experience
"Assalamualaikum sayang.", Haris melangkah masuk ke dalam rumah.
Mar hanya mendiamkan diri. Majalah di tangan diselak- selak. Sepatutnya, hari ini menjadi paling dinantikan, kepulangan Haris yang dirindui. Tetapi, melihat wajah Haris, bahkan cukup dengan mendengar suaranya sudah membuatkan hatinya sakit.
"So how is work? Seronok bercuti dengan betina tu?", terus Mar membidas setelah agak lama mendiamkan diri.
"Sayang...
"Dont you dare to call me with that name!", suara Mar sudah naik satu oktaf.
"Abang minta maaf sebab tak jujur pasal Diana. Sumpah! Kitaorang tak rancang semua tu,dia yang ikut abang..."
"Enough! I tak nak dengar apa- apa lagi dari you. I dah bagi you peluang untuk semua tu, tapi you sia-siakan. Cukup!", Mar tidak langsung memandang Haris.
"Sayang, please. Look at me, I need your trust.", Haris memujuk, didekati isterinya.
"Boleh tak jangan kacau I? Why not you pergi naik, mandi ke buat apa yang lebih penting. I tak ada masa nak layan drama you kat sini."
Haris ingin mencapai tangan isterinya, sungguh dia rindu untuk menatap wajah manis itu.
"You faham bahasa ke tak?",Mar lebih pantas.
Hari itu berlalu begitu sahaja, Mar dengan sikap dinginnya, Haris turut membisu.
Haris hanya mampu mengeluh melihat isterinya yang tertidur di atas sofa ruang tamu. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, biarkan hatinya sejuk dahulu, fikir Haris.
Latest update:
3/2/2018 , 8:08 p.m