Get the app for full experience
Matanya dibuka perlahan. Cahaya terang lampu menerjah pada pandangannya. Dia berada di dalam biliknya.
Kedengaran bunyi pancuran air di dalam bilik mandi, Mar menggapai handphonenya. Sudah pukul 6:30 petang, lama juga dia tertidur sejak kejadian tadi.
Haris keluar dari bilik mandi. Serentak pandangan mereka berlaga.
"Diana mana?", soal Mar.
"Dekat rumahlah. Kau sibuk kenapa?", balas Haris dingin.
"Sorang- sorang?", soal Mar kembali.
"Ada kawan dia teman lah.", balas Haris lagi.
"You pergi klinik tadi buat apa?", soal Mar.
"Banyak tanya pulak. Dia pregnant, dah tiga minggu.", balas Haris.
Terdiam Mar mendengar balasan Haris.Terkilan juga kerana masih belum mampu memberikan cahaya mata buat Haris.
"Diam pula.", Haris pula yang bersuara.
"Biar aku pula tanya kau soalan. Kenapa pergi klinik dengan jantan tu? Dah tak tahu nak call aku?", soal Haris.
"Mikail yang call I, dia yang cakap nak hantar I pergi klinik. I tak nak susahkan you.", Mar menjelaskan perkara yang sebenar.
"Kau kenapa degil sangat? Kan dah banyak kali aku pesan, jangan nak rapat sangat dengan dia. Kau saja kan, nak bagi aku jealous?", Haris memandang Mar menanti jawapan.
"Mana ada. Dahlah, malas I cari gaduh dengan you.", balas Mar sambil memicit kepala yang masih pening.
Haris mendekat, melabuhkan punggung di atas katil.
"Sini, aku picitkan kepala kau.", Haris memandang, tangan menepuk- nepuk pahanya.
Pelik Mar dengan pelawaan Haris, tetapi dia sekadar mengikut. Dia berbaring sambil Haris memicit kepalanya, sungguh dia terbuai dengan kelembutan sentuhan Haris.Mar akhirnya terlena kembali, terbuai bersama mimpi indahnya.
Latest update:
10:00p.m, 5/4/2018