Get the app for full experience
"You, tak lapar ke?", soal Mar melihat Haris yang sedang mengemas pakaian.
"Tak, dah makan sikit atas flight tadi.", balas Haris.
"Tapi I lapar, jom lah teman kejap.", Mar merengek seperti anak kecil.
Haris masih dengan kerjanya, seperti malas mahu melayan kerenah Mar.
"You turunlah dulu, banyak restoran kan kat bawah tadi. I penat, nak berehat .....",balas Haris. Mar hampa, Haris ternyata tidak berhati perut.
Haris memandang ke arah Mar, ternyata dia sudah berlalu keluar dari bilik mereka. Pintu bilik dihempas kuat.
Mar mengatur langkah ke tingkat bawah dengan rasa kecewa, tiba- tiba sebak dibuatnya. Haris masih dengan keras kepala, cuba untuk menjauhkan jarak mereka.
Dia menyapu titisan air mata di pipinya. Perut sudah berpuluh kali berbunyi, dia singgah di sebuah restoran di situ.
Sudah sejam lebih sejak Mar meninggalkan Haris seorang di dalam bilik. Haris sudah tidak tentu arah, cuba untuk menghubungi Mar tetapi Mar malah meninggalkan handphonenya di bilik.
Haris terus mengunci pintu bilik dan terus bergerak ke tingkat bawah.
"Dah, balik bilik.", Haris terus meragut lengan Mar dengan tiba-tiba.
"Lepaslah.", Mar merentap kembali lengannya.
"Tak payah nak degil sangat....
"Biarlah, I turun sendiri, pandailah I naik sendiri.", Mar pantas memotong.
"Waiter, bill.", tegas nada Haris.
Haris masih mengengam lengan isterinya, ditarik keluar dari restoran tersebut. Dia hanya diam tanpa suara, tetapi riak wajahnya tegang.
"Apa ni nak sibuk ni? Biarlah I nak buat pun, nak sibuk kenapa. Tadi tak kisah sangat.", jerit Mar protes, sambil mencuba melepaskan pegangan Haris.
"Lepaslah. I tahulah nak balik bilik sendiri....", Mar bersuara dalam menahan tangis.
"Sorry okay, sorry.", Haris bersuara, Mar dipandangnya.
Terus hilang kata Mar, peliknya dia termakan pujukan Haris. Hilang terus amarah hatinya.