Sedang leka menguruskan fail-fail, handphone milik Mar berbunyi, tanda mesej Whatsapp masuk.
[Haris]: Mar, lunch jom kejap lagi.
Mar berikan bluetick sahaja, malas hendak melayan.
Dia teruskan dengan kerjanya yang masih belum siap. Berbunyi lagi handphonenya.
[Haris]: You bluetickkan je? Mar, please.
Dia pun membalas.
[Mar]: No, I can't , dah janji dengan orang lain. You' r just too late.
[Haris]: Dengan siapa? Kak Aina? I join sekali lah.
[Mar]: No, bukan dengan Kak Aina.
Selepas itu, lebih banyak whatsapp yang masuk, Mar hanya mengendahkannya. Tahu itu Whatsapp dari Haris.
"Mar, kenapa you tak balas whatsapp I, you nak lunch dengan siapa kejap lagi?", Haris tiba-tiba masuk ke dalam bilik Mar.
"I dah balas kan tadi".
"No, you tak bagitahu pun you nak lunch dengan siapa".
"Masalah you ke I nak lunch dengan siapa pun?".
"Yes, I suami you, I berhak tahu", Haris menggunakan kuasa vetonya.
Mar hanya mengeluh. Tiba-tiba pintu diketuk, dan Encik Mikail masuk.
"Mar, jom lunch, you dah janji kan.", dia bersuara.
"Aaa, jom. Kejap, I nak ambil beg I.", Mar membalas
"Encik Mikail, saya join sekali boleh?.", selamba Haris bersuara.
Mikail dan Mar berpandangan. Mar terkejut dengan tindakan gila Haris. Teragak- agak Mikail menjawab.
"Boleh je, jom gerak sekali, naik kereta saya".
Setibanya di kereta Mikail, Haris mempercepat langkah , dia tidak mahu Mar duduk seat depan bersama Mikail.
"Tak apa Encik Mikail, I duduk belakang."
Sepanjang perjalanan, Haris menjadi panas kerana dia perasan yang Mikail memerhatikan isterinya melalui cermin kereta.
"Mar, you nak makan apa?", Mikail bersuara.
"I nak nasi campur je lah", balas Mar.
"Bagi saya nasi campur juga", pesan Haris kepada waiter tersebut.
Setelah hampir 10 minit berbual-bual. Makanan pun sampai, mereka menikmati makanan mereka.
"Mar, you ni comel lah.", tutur Mikail samb mengeluarkan handphonenya.
Terus dia menangkap gambar Maria. Maria memandang pelik.
"Tengok ni", Mikail menunjukkannya kepada Mar.
"Sini, I lapkan", kata Mikail. Terus diambilnya tisu dan dilap tepi mulut Mar yang kotor.Mar malu. Haris semakin panas.
Mana mungkin dia tahan melihat kemesraan antara isterinya dengan lelaki lain.Rasa tercabar dirinya.
Share this novel