Bab 88

Romance Completed 35018

"Masuklah, buat macam rumah sendiri je. Ini rumah I, bukan rumah dia.", pesan Haris kepada Diana.

"Hai Mar, Haris ni lah yang beria ajak datang rumah ni. You tak kisah kan? Besar juga rumah ni, bilik kita yang mana sayang?", soal Diana. Mar menahan sabar. Haris sudah keterlaluan.

"Bilik kita dekat atas", balas Haris.

"Aku nak kau kemas barang- barang kau. Pindah bilik bawah.", perintah Haris, Mar dilayan seperti orang asing baginya.

"Ni, barang- barang ni kau angkat naik atas.", sambung Haris lagi. Geram, sedih, malu yang Mar rasakan diperlakukan seperti itu depan Diana.

Dia sekadar menurut. Dalam hati banyak beristighfar supaya lebih banyak bersabar.

Penat! Semua barang- barang Diana dan Haris sudah dipindahkan ke bilik atas. Malah, barang- barangnya juga sudah dipindahkan ke bilik bawah.

"Lepas ni aku nak kau masak.", lagi perintah dari Haris.

"Ingat, masak yang sesuai dengan orang mengandung, jangan nak ikut tekak kau je.", sambung Haris. Dia melangkah ke tingkat atas.

Setelah siap memasak, Mar menghidangkannya di atas meja makan. Setelah siap, dia memanggil Haris dan Diana.

"Mar, makan lah sekali.", Diana mempelawa, lakonan diteruskan di hadapan Haris.

"Tak apa. Kejap lagi I makan", Mar mahu ke dapur.

Sepantas kilat Haris menyambar lengannya.
"Kau duduk, makan sekali.", Haris bersuara.

Sekali lagi Mar hanya menurut. Menahan mata dan hati melihat kemesraan antara Diana dan Haris. Dia tahu Haris sengaja bertindak begitu.

"You pergi depan. Biar Mar kemaskan ni semua.", arah Haris kepada Diana.

"Kenapa? Tak puas hati? Sakit hati?", sengaja Haris menduga hatinya.

Mar tidak mengendahkan Haris. Pinggan di angkat satu persatu ke sinki. Haris geram apabila soalannya tidak berjawab. Lengan Mar disambar lagi.

"Nak apa lagi? Dah lah Haris. Yes, you did it. Memang hati I sakit, tu yang you nak dengar kan?", balas Mar, pandangan tajam menusuk ke bola mata Haris. Air matanya yang menitis dipipi segera diseka.

Terdiam Haris. Terus dia berlalu ke ruang tamu. Di dapur, Mar menangis sepuasnya. Tangannya menutup mulut menahan agar tangisannya tidak kedengaran.

Latest update:
3:04a.m, 6/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience