Bab 103

Romance Completed 34939

"Duduk lah dulu.", pelawa Diana.

Sebenarnya Diana ada menghantar pesanan untuk berjumpa. Sengaja Mar merahsiakannya dari Haris,tidak mahu dia turut masuk campur.

Walaupun pada awalnya Mar enggan, tetapi Diana yang terlalu mendesak membuatkan Mar mengubah keputusan.

"Ada apa you nak jumpa I? Apa yang urgent sangat?", soal Mar.

"First of all, I nak minta maaf atas segala salah I dekat you. I terlalu gilakan Haris,I menyesal buat macam tu dekat you.", gugur air mata Diana, rasa bersalah telah menyelubungi dirinya selama Mar menghilang.

"Benda dah jadi. I dah lama redha. Lagipun itu keputusan Haris.", Mar cuba mengawal perasaan.

"Ada rahsia yang masih you tak tahu. I dah cuba bagitahu you masa kita jumpa haritu, tapi you taknak dengar.", balas Diana pula, Mar makin pelik. Memang diakui, Diana seperti mahu memberitahu sesuatu padanya tetapi dia yang malah melarikan diri.

"Rahsia apa maksud you?", Diana dipandangnya.

"Sebenarnya tak lama selepas you menghilang, Haris dapat tahu I tipu dia. Anak yang dalam kandungan I bukan anak Haris....

"Dia marah, dia paksa I bagitahu apa lagi yang I tipu dekat dia. Dia marah, tapi Haris baik. Haris tetap jaga I sampai I melahirkan anak I. Selepas tu, dia ceraikan I.", jelas Diana sambil menangis.

"So?", Mar berpura selamba. Dia juga terkejut dengan berita yang baru didengarinya. Haris tidak langsung memberitahunya tentang penceraian mereka.

"I harap you dapat terima Haris balik. Yang salahnya I, bukan Haris. Dia juga tertipu.

Mar tidak lama berjumpa dengan Diana. Geram kerana dipermainkan oleh Haris, walaupun begitu dia sudah memaafkan Diana. Mungkin dia sudah berubah, Mar tidak mahu menyimpan dendam.

Latest update:
4:44 p.m, 7/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience