Get the app for full experience
Ternyata itu memang Mar. Mikail memberhentikan keretanya di sisi jalan.
Mar memandang kereta yang berhenti. Takut. Siapa orang itu , penculik? Otaknya memikir.
"Mar, apa you buat kat sini malam-malam macam ni?", tutur Mikail. Dia menatap wajah Mar, sembab. Dia menangiskah?
Mar malu. Tidak mahu Mikail tahu yang dia dihalau oleh Haris. Dia mendiamkan diri, tidak membalas.
"Mar, you ada problem dengan Haris kan? Takkan sampai dia halau you malam-malam ni?", Mikail menebak.
"Yes. Kitaorang ada bergaduh sikit, then dia halau I.", Mar membuka mulut.
"Takkan sampai macam ni. Melampau betul Haris.", Mikail menggengam penumbuk.
"Habis tu, you nak pergi mana malam-malam ni?", sambung Haris.
"I tak tahu.", balas Mar menundukkan mukanya.
"Jom I hantar you ke rumah Kak Aina. Boleh dia tumpangkan you kat rumah dia. Bahaya you sorang-sorang kat sini.", tutur Mikail prihatin dengan keadaan Mar.
Mar sekadar menangguk. Bersyukur kerana ada yang masih mahu membantunya.
######################
Genap 5 hari Mar menetap di rumah Kak Aina. Segala kisahnya sudah diketahui oleh Kak Aina.
Terkejut juga bila dapat tahu yang Mar dan Haris dah berkahwin. Dia turut simpati atas ujian yang menimpa Mar.
Di tempat kerja, Haris tidak langsung mengendahkan Mar, tidak dipandang langsung walaupun melalui hujung matanya.
Haris langsung tidak mengendahkan Mar. Dia ibarat digantung tidak bertali. Tidak sekali pun dia cuba memujuk Mar pulang ke rumah mereka.