Bab 55

Romance Completed 34939

Haris mundar mandir di ruang tamu. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 9:50 malam.

Dia kusut. Rambut dikuak ke belakang.

Jari menekan skrin handphone, untuk kesekian kalinya masih mencuba untuk menghubungi Mar.

Tidak juga berbalas.

Dia tidak dapat menjejak isterinya sejak kejadian siang tadi.

Akhirnya, kedengaran bunyi pintu pagar dibuka, Haris melabuhkan punggung ke atas sofa, dalam keadaan ruang tamu yang gelap.

Mar melangkah masuk ke dalam rumah, sedikit pelik dengan keadaan ruang tamu yang gelap.

Difikir mungkin suaminya berada di bilik tidur. Dia berkira untuk menuju ke tingkat atas.

"Mana Mar pergi? Kenapa abang call tak angkat?", tiba-tiba Haris bersuara.

Mar tersentak, terkejut mendengar suara Haris. Dia dengan berat hati memalingkan kepala.

"I keluar lepak dengan kawan- kawan.", Mar membalas.

"Lepak? Kawan? Siapa? Jantan tak guna tu kan?", tegas nada Haris.

Mar memandang Haris tajam.
"Bukan I berdua pun dengan dia.", Mar membela diri.

Haris tersenyum sinis.
"Habis tu, dah tak tahu nak bagitahu suami?", Haris membalas pandangan tajam isterinya.

Mar terdiam. Sengaja dia offkan handphone kerana terlalu geram dengan Haris.

"Takde jawapan?".

"Enough please, I penat, malas bertekak dengan you, endless.", balas Mar.

"We are not done yet".

"No, I'm so done. Kita buat je lah hal masing- masing."

"No! It have been so many times I told you, jangan rapat dengan Mikail tu. Apa yang susah sangat?", Haris separa menjerit.

Mar mengeluh.
"I tak pernah pun halang you nak buat apa pun dengan perempuan tu? So, be fair".

"I'm a man, lelaki boleh kawin lebih dari seorang.", Haris membalas tanpa fikir panjang.

"Yes, you are a man. Go with her, but remember one thing. Ceraikan I !", Mar menahan sebak, dia terus melangkah anak tangga menuju ke bilik. Di situ, tangisannya dihamburkan , tidak menyangka jawapan yang diberikan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience