Bab 85

Romance Completed 34939

Suasana di pejabat seperti biasa. Masing- masing sibuk dengan fail yang bertimbun.

"Hai semua. I ada bawa makanan sikit.", kedengaran suara Diana. Masing-masing berpusu- pusu datang.

"Thanks Diana...

" Thanks Diana...

Mar masih lagi tekun dengan kerjanya. Diana sekadar melihat dari jauh.

"Mar, nanti you pun ambil lah makanan yang I bawa ni. Kerja- kerja juga, makan jangan lupa", sempat Diana berpesan dari jauh. Lakonannya masih lagi diteruskan.

"Okay, thanks. Susah- susah je.", balas Mar.

"Kamu apa khabar Diana?", Kak Aina ramah.

"Alhamdulillah sihat, cuma penat sikit sejak berbadan dua ni.", sempat dia mengerling memandang Mar.

"Akak, suami saya lambat lagi ke nak balik office ni?", soal Diana, sengaja tidak mahu Kak Aina bertanya lebih lanjut tentang kandungannya.

"Kejap lagi balik lah tu", balas Kak Aina.

Diana masih setia menunggu Haris. Sengaja dia ke pejabat untuk 'surprisekan' Haris, dengan niat mahu membakar hati Mar.

Handphone Diana berdering, Lisa menghubunginya. Terus Diana berlalu ke tandas, tidak mahu perbualannya didengari oleh orang lain.

Mar yang dari tadi memerhatikan tingkah laku pelik Diana tanpa disedari, mengambil keputusan untuk mengekori Diana ke tandas.

Latest update:
2:58a.m, 6/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience