Bab 27

Romance Completed 34939

Mar menonton televisyen di ruang tamu. Leka betul, sehingga Haris berdiri di belakang sofa pun dia tak perasan.

"Sayang,tengok cerita apa tu?",Haris bersuara. Secawan nescafe dihulurkan kepada isterinya.

"Terkejut I, lain kali jangan main terjah je. Thanks", balas Mar. Dihirup nescafe itu.

Haris menayangkan giginya yang teratur. Ingat comel.

"Sini remote tu, kasi abang chance pulak", Haris meminta.

"No, cerita I belum habis lagi. Kejap lah.", balas Mar.

"Mana aci macam ni. Sayang, cepat lah. Jangan sampai sayang menyesal", Haris tersenyum nakal.

Tersentak Mar, tiba-tiba otaknya memutarkan kembali kejadian yang memalukan antara mereka berdua akibat berebut remote TV. Terus diberikan kepada Haris tanpa melawan.

"Bagus. Good girl. Nak pergi mana tu, sini lah temankan abang, please.", Haris menarik tangan Mar yang sudah berkira-kira untuk bangun.

Mar sekadar menurut. Kadang-kadang agak janggal bila Haris 'berabang sayang' dengannya. Masih baru buatnya.

Mar dan Haris menonton televisyen dengan penuh tumpuan.

"You tengok je lah TV tu, tangan jangan berjalan. I ketamkan karang", Mar mengugut. Tangan Haris tidak berhenti mengusap lembut jemari Mar.

"Tak salahkan abang nak bermanja dengan sayang", Haris membalas selamba.

Setelah hampir dua jam menonton televisyen, mata Mar makin hampir tertutup, mengantuk sangat.

Akhirnya dia tertidur sambil bersandar pada bahu Haris. Haris yang masih tekun menonton TV, tiba-tiba merasa lenguh bahu.

Tersenyum melihat isterinya yang tertidur. Comel saja gayanya. Dibiarkan saja dulu Mar begitu, mahu menunggu rancangan yang ditonton sehingga habis.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12 malam. Haris menggapai remote TV dan memadamkannya.

Mar masih lena tidur. Haris tidak sampai hati nak mengejutkan Mar. Perlahan-lahan diangkat Mar, dia menuju ke dalam bilik. Lalu, diletakkan Mar perlahan-lahan, takut isterinya tersedar.

Ditarikkan selimut menutupi Mar hingga paras dada. Dia mahu pergi menutup pintu. Tiba-tiba dia merasakan ada yang menarik tangannya, Haris memusingkan kepala memandang Mar.

Ya, dia yang menarik tangan Haris. Haris melihat Mar sudah terjaga.

"You nak pergi mana? Tidurlah, temankan I", ucap Mar yang sebenarnya dalam keadaan mamai.

"Kejap sayang, abang nak tutup pintu tu.", balas Haris.

Mar menggeleng, ditepuk sebelah tangannya pada tilam, mengisyaratkan agar Haris tidur di sebelahnya.

Haris akur. Dia mengambil tempat di sebelah Mar. Mar tidur menghadap ke arah Haris, ditatap wajah Haris. Dan akhirnya dia kembali tertidur.

Haris memandang isterinya yang sudah tertidur. Matanya juga sudah makin layu. Didekatkan bibir ke wajah Mar, dikucup dahi , kedua -dua belah pipi Mar dan akhirnya dikucup lembut bibir isterinya.

Dia merangkul pinggang Mar, kembali menatap wajah Mar dan akhirnya dia juga tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience