Bab 56

Romance Completed 34939

Mar melangkah ke ruang tamu, mencari cari kunci keretanya yang disimpan di dalam laci. Dia nekad. Dia tidak mahu lagi bersusah payah menunggu untuk ke pejabat bersama Haris.

"Mana pulak aku letak? Kelmarin ada saja. ", fikir Mar.

"Cari ni?", Haris menayangkan kunci kereta yang terlebih dahulu diambil. Sudah dapat diagak tindakan isterinya.

"Give me the keys. Cepat lah", Mar mengeluh.

"No, apa yang susah sangat? Abang drive, kita nak pergi tempat yang sama saja.", Haris tegas, namun nada memujuk.

"Bagi je lah, kereta I, ikut suka I lah nak drive sendiri ke tak.", Mar masih dengan pendiriannya.

"Not for this time, I have the keys. Teksi or pergi dengan abang? Decide.", Haris tidak mahu kalah. Dia melangkah keluar dari rumah. Menghidupkan enjin kereta.

Mar mengunci pintu rumah. Hon kereta ditekan. Mar memandang Haris tajam. Sengaja Haris mahu memanaskan hatinya.

"Tak boleh nak sabar ke? Orang nak drive sendiri tak kasi.", bebel Mar ketika membuka pintu kereta.

Haris tersenyum kemenangan.
"Bebel, bebel, better you stop before I kiss you.", Haris memberi amaran.

"Cepat lah, dah lambat ni kan? No time to make jokes.", sambung Mar.

Dengan pantas Haris mendekatkan wajahnya. Mar menjegilkan mata.

"I've warned you".

"Apa ni, main- main lah. Tak malu ke kalau orang nampak?", Mar bersuara.

Haris tersenyum. Perlahan dia memakaikan seat belt kepada isterinya. Dia kembali pada posisi asalnya.

"Membebel je, seat belt pun tak ingat nak pakai.", Haris kembali bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience