Get the app for full experience
Mar membuka mata perlahan-lahan. Terkejut. Wajahnya hanya dipisahkan beberapa inci sahaja dengan wajah Haris.
Begitu dekat.
Jantung berdegup kencang. Dia mengamati wajah itu lama. Lelaki itu lah yang dulu dipuja. Lelaki ini lah yang menyebabkan dia hilang seorang sahabat.
Malah,Mar akui yang hatinya tak pernah berubah. Hanya Haris yang bertakhta di hatinya.
Disentuh lembut hidung mancung Haris. Wajah yang sempurna.
"I love you, Haris Firdaus.", ucap Mar lembut. Haris dilihat masih lena. Ungkapan yang diberikan disangka tidak didengari oleh Haris.
Mar perlahan-lahan merungkaikan pelukan dari Haris. Tetapi, makin kuat pula pelukan Haris.
"I love you too, Maria Isabella.", Haris tiba-tiba membuka mata dan mengungkapkan katanya. Digosok-gosok matanya.
Bulat terus mata Mar. Kantoi lagi. Dia buntu. Patut ke dia malu?
"Kenapa? Sayang malu dengan abang?", dicuit lembut hidung Mar. Merah wajahnya.
"Mana ada.", Mar menafikan.
"Betul ni? Are you sure?", Haris menyakat.
Mar mahu bangun untuk kerana azan subuh sudah berkumandang. Tetapi masih ditahan Haris.
"Where do you want to go? I won't let you go, you are mine.", sudah datang aura nakal Haris. Dipeluk pinggang isterinya.
Dikucup kedua-dua belah pipi isterinya. Mar kegelian. Digeletek bahagian tengkuk isterinya.
"Abang, stop-stop.", Mar kepenatan. Penat menjerit akibat geli.
"What did you just call me? Say it again.", Haris bahagia.
"Abang".
"Alhamdulillah, terima kasih sayang.", sekali lagi Haris mencium dahi isterinya. Bersyukur kerana Mar sudah mahu menerimanya. Mar tersenyum bahagia.
"Jom sayang, mandi then solat subuh. Kang terlajak pulak lama-lama macam ni.",lagi Haris tersenyum nakal.
"No, abang mandi dulu. Gatal.", dipulas lengan Haris. Dia mengaduh, pedih dicubit.