Bab 7

Romance Completed 34939

"Aku terima nikahnya Maria Isabella binti Samsul, dengan mas kahwinnya seratus lima puluh ringgit tunai.",dengan sekali lafaz Mar dan Haris selamat diijab kabulkan.

Haris menghampiri Mar untuk acara pembatalan wudhu'. Ibunya menghulurkan sebentuk cincin untuk disarungkan ke jari manis Mar. Lensa kamera tidak henti- henti merakamkan detik tersebut.

Tiba-tiba, Mak Lang Timah menjerit..
"Qila !"

Haris memalingkan wajahnya walaupun belum sempat menyarungkan cincin. Dilihat isterinya sudah terbaring di riba mak langnya. Bergegas dia mendapakan Qila.

"Abang, terima kasih sebab tunaikan permintaan Qila. Qila dapat pergi dengan tenang. Qila doakan abang bahagia," tersekat- sekat suara Qila melafazkan kata-katanya.

Keadaannya semakin teruk. Rupanya pucat lesi. Haris tidak mampu berkata-kata. Sungguh kaget dia dengan apa yang berlaku.

"Sayang, abang lepaskan sayang pergi. Pergilah dengan tenang. Tunggu abang disana," mengalir air matanya. Tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh Syaqila.

Qila tersenyum melihat suaminya buat kali terakhir sebelum matanya tertutup. Haris menangis tanpa dipinta. Hari pernikahan Mar dan Qila menjadi satu tragedi yang amat memilukan.

Mar, hatinya panas. Dia dibiarkan begitu saja selepas acara menyarungkan cincin yang tergendala. Haris sibuk menguruskan arwah isterinya.

Mar malu. Dia dilihat seolah olah terhegeh-hegeh kepada Haris. Hari ini sepatutnya menjadi hari paling bahagia padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience