Bab 33

Romance Completed 34939

Mar sedang menghidangkan makanan di atas meja, menunggu Haris turun untuk makan bersama.

"Mar, kau terangkan apa yang kau tulis dalam buku ni!", serang Haris. Dilemparkan diari ke muka Mar.

Terpana Mar, rahsia besarnya sudah pecah.

"Mar minta ampun, abang. Mar mengaku salah Mar. Waktu tu, Mar tak fikir panjang.", Mar mendekati Haris. Cuba untuk melembutkan hatinya dengan menyentuh lengan Haris.

Haris menepis pegangan Mar. Kesabarannya sudah sampai ke tahap kritikal. Arwah Qila dilanggar Mar, sahabat baiknya sendiri. Sungguh tidak disangka.

"Minta maaf bukan pada aku. Minta ampun pada arwah Qila? Kau mampu? Sekarang aku nak kau berambus dari rumah aku. Aku tak perlu isteri macam kau.", Haris menarik tangan Mar, diheret keluar rumah.

"Berambus kau.", tengking Haris.

"Abang, kasihani lah Mar. Malam-malam ni mana Mar nak pergi.", Mar merayu dalam tangisan. Dia menyesal, tapi nasi sudah menjadi bubur.

"Bukan urusan aku.", Haris menghempas pintu rumah.

Dalam malam yang pekat dan hitam, Mar melangkah pergi dari rumah. Berat kakinya. Sedih, pilu, diusir oleh Haris pada waktu malam. Terkontang kanting tanpa sedikit pun wang.

Haris langsung tidak bertimbang rasa. Mar melangkah perlahan-lahan. Terpaksa memberanikan diri dalam malam yang gelap.

Mengenangkan nasibnya, Mar menangis sekuat-kuatnya. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi segala ujian-Nya.

Kelihatan sebuah stesen bas tidak jauh, Mar mempercepatkan langkah. Di sana, dia mahu berehat. Tiada hala tuju, dengan siapa dia mahu memohon pertolongan?

Mikail sedang fokus memandu, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12:30 malam. Jalan sudah mulai sunyi.

Sedang leka memandu, matanya terpandang akan seorang wanita yang berseorangan di stesen bas.

Macam kenal. Maria.Ya, itu Maria.Tapi apa dia buat malam-malam macam ni sorang diri?

Cepat-cepat Mikail membuat pusingan U-Turn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience