Bab 32

Romance Completed 34939

Mar menyembunyikan diari hariannya di bawah bantal. Sudah menjadi rutin hariannya untuk mencoretkan apa saja di dalam diarinya sejak beberapa tahun lalu.

Hari ini genap setahun perkahwinan Haris dan Mar. Masing-masing masih dingin, tiada aura ingin berbaik.

Mar ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Haris masih di dalam bilik tidur.

Haris sedang berbaring di atas katil, ralit dengan I-Phone miliknya. Tiba-tiba matanya tertacap pada buku yang sedikit terjulur di bawah bantal.

Dia menarik buku itu perlahan-lahan. Milik Mar mungkin, Haris ragu-ragu ingin membaca isinya ataupun tidak.Akhirnya dia membuat keputusan untuk membacanya.

Catatan harian milik Mar. Dia menyelak helaian muka surat diari tersebut.

17 Mei 2017 :
Hari ini hari perkahwinan aku dengan Haris. Akhirnya impian aku akhirnya tercapai.

Haris tersenyum, dia menyelak lagi.

20 APRIL 2014:
Rancangan aku berjaya. Aku harap perempuan tu mati selepas aku langgar dia.

21 APRIL 2014:
Good, walaupun dia tak mati, dia takkan dapat lahirkan anak lagi. HAHAHAHA.

Haris terkejut, dia mengamati tarikh yang tercatat, hari arwah Qila kemalangan. Jadi semua ini angkara Mar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience