Get the app for full experience
"I minta maaf, I tak sepatutnya bawa you makan kat situ.", Mikail bersuara sambil memandu. Mar hanya memandang ke luar tingkap, tidak bersuara sejak tadi.
"It's okay. Bukan salah you. Mungkin betul apa yang Haris cakap.", balas Mar dalam tawa, tawa yang dibuat- buat untuk mengusir kesedihan.
"I tau you kuat Mar, bersabarlah.", pujuk Mikail.
"I tak sekuat seperti mana luaran I, hakikatnya hati I sakit.", balas Mar.
"Thanks for being with me as a friend.", sambung Mar tersenyum tawar.
Malam itu, Haris pulang ke rumah.
"Seronok berpoya- poya dengan jantan lain?", Haris bersuara, masih tidak berpuas hati tentang pertemuan mereka siang tadi.
Mar tidak bersuara, hanya fokus pada skrin laptop. Tidak langsung memandang Haris.
"Kau ada telinga ke tak?", jerkah Haris. Sudah keluar perkataan 'aku kau'. Api kemarahan makin membara.
Mar masih tenang.
"Apa you cakap ni? I keluar lunch je dengan Mikail, you ada sekali kan?", jawab Mar sambil memandang Haris.
"Lunch ke apa ke. Kau tau aku tak suka dia, kenapa gatal sangat?", bidas Haris lagi.
"Kau sengaja kan? Sengaja nak buat bagi aku marah, kau sebenarnya jealouskan, aku lunch dengan Diana?", sambung Haris.
"Kau tau ke yang dia sakit? Tak kan?"
Terkejut juga Mar mendengar berita itu. Tidak pula Diana memberitahunya akan hal tersebut. Dia kelihatan seperti sihat sahaja.
"I naik dulu.", Mar mengemas meja, laptop disimpan. Tidak mahu terus bertikam lidah dengan suaminya.
"Kau ingat aku nak bermalam dekat rumah ni? Aku balik sebab nak settle. benda ni dengan kau je.", terus Haris melangkah keluar. Enjin kereta dihidupkan ,lalu keretanya terus beransur pergi..
Latest update:
6:20p.m, 31/3/2018