Bab 26

Romance Completed 34939

"Macam mana nurse dengan isteri saya?", soal Haris kepada jururawat yang merawat Mar.

"Encik jangan risau,mujur tiada luka teruk. Alhamdulillah. Encik boleh ambil ubat dekat kaunter",balas jururawat itu sambil tersenyum manis.

"Terima kasih ya nurse", sambung Haris.

Haris memimpin Mar ke parkir kereta, dibuka pintu kereta dan diarahkan Mar duduk di bahagian hadapan.

"Thanks.", ucap Mar ketika Haris sedang fokus memandu.

"For what?", Haris membalas.

"Sebab you tolong I, even waktu I demam pun I tak sempat terima kasih dekat you sebab tolong I."

"You tanggungjawab I, you isteri I. Tak perlu berterima kasih", Haris tersenyum.

Mar diam, kemudian mengeluh.Tiada balasan yang diberikan untuk Haris. Haris tahu Mar tidak mahu berbahas mengenai hubungan mereka.

"I tahu ni bukan masa yang sesuai untuk cakap pasal kita, tapi please bagi I peluang untuk kembalikan semula Maria Isabella yang dulu.", Haris berbicara.

"Okay.",sepatah Mar membalas. Dia menyembunyikan senyuman. Mungkin sudah tiba masanya mereka berbaik dan menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.

Terkejut Haris, Mar memberikannya peluang yang bernilai buatnya, akan dia menangi hati Mar semula.

"Terima kasih sayang.Abang janji, abang akan cuba sebaik mungkin.", Haris tidak meragui percakapannya.

Serentak dengan ayat-ayat terakhirnya, Haris merapatkan wajah ke pipi Mar. Dikucup walaupun hanya sebentar, agak susah kerana perlu fokus pada pemanduan.

"Apa ni? You tak payah lah nak over sangat. Drive je lah elok-elok,kang tak pasal-pasal arwah kat sini pulak.", Mar buat-buat marah, padahal dalam hati sudah berbunga-bunga.

"Okay-okay. Abang minta maaf.", Haris membalas sambil tersenyum seperti kanak-kanak 10tahun. Comel.

Digapai tangan Mar lalu digenggam erat. Haris menguntumkan senyuman. Mar juga tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience