Get the app for full experience
Mar sekadar berbaring di sofa ruang tamu, setelah selesai mandi dan solat. Lega kerana tidak perlu berangkat lewat dari office seperti selalu, lebih masa untuk berehat di rumah.
Televisyen dihidupkan, jari menekan- nekan punat remote, sudah agak lama dia tidak meluangkan masa menonton televisyen kerana terlalu sibuk. Telinganya menangkap bunyi pintu pagar dibuka, seperti yang dijangka Haris akan pulang.
Mar seperti biasa, tidak mengendahkan kepulangan Haris, jauh di sudut hatinya merindui lelaki itu. Tetapi hatinya,jiwanya masih sakit, masih terluka.
Haris melabuhkan punggung di sebelah sofa, terus saja Mar memperbetul duduknya. Rasa tidak selesa apabila hanya berdua dengan Haris.
Haris tidak bersuara. Mar hanya berpura fokus pada rancangan TV, namun Haris pula yang makin mendekat, tersepit Mar di antara Haris dan hujung sofa.
"Pergi mandilah Haris.",tajam Mar memandang Haris.
"Makin marah, makin cantik.", Haris tersengih,sempat mencuit hidung isterinya.
"Isteri you tak bising ke balik sini?", sinis pertanyaan Mar.
"You tak suka I balik sini? Lagi satu, boleh tak jangan sebut nama dia? I just sayang you je Mar.", balas Haris.
"I tanya je, tak payah lah nak emo.", balas Mar selamba.
"Baliklah, nanti dia meroyan call you, tak pasal-pasal I pun kena serang dengan dia juga.", sambung Mar lagi.
"You memang tak suka I balik ke Mar?", Haris kelihatan tegang.
Mar melepaskan keluhan lemah.
"I taknak benda jadi lebih teruk.", Mar membela diri.
"Alasan!", tebak Haris.
"Sudahlah Haris, I tak ada masa nak cari gaduh dengan you.", Mar kembali fokus pada kaca TV.
Latest update:
2:40p.m, 28/3/2018