Bab 9

Romance Completed 34948

"Nah, you pakai baju ni", Haris hulurkan sepasang baju kurung kepada Mar.

"You nak I buat apa dengan baju ni?," Mar menanyakan soalan bodoh walaupun susah tahu yang Haris mahu dia memakainya.

"Pakai untuk malam ni, untuk tahlil arwah Qila.Takkan nak terperap dalam bilik ni saja," tutur Haris.

"Okay", balas Mar.

######################

"Haris, kamu tolong pergi tengokkan isteri kamu . Mak tak nampak dari tadi", arah Puan Sarimah kepada anak lelakinya.

Haris sekadar menurut. Sememangnya dari tadi dia tidak melihat batang hidung Mar sejak awal tahlil dimulakan.

Haris melangkah menuju ke bilik. Dikuaknya pintu bilik perlahan-lahan. Tiada isterinya disana.Pelik.

Haris cuba mencari di dalam tandas, juga tiada. Dapur, itu lah jalan terakhirnya. Ternyata memang benar, dilihatnya Mar sedang leka membasuh pinggan mangkuk dari sisi belakang.

"Pinggan mangkuk tu biarlah dulu. Rehat-rehat la dulu,"tegur Haris kepada isterinya. Terlihat bahu Mar tersentak, mungkin terkejut.

"Tak apa, bukannya banyak sangat pun. I bosan, sebab tu I buat kerja. Nak join baca yassin, I cuti", balas Mar tanpa memandang Haris.Masih sibuk menghabiskan kerjanya.

Setelah siap, baru dia memusingkan kepala melihat Haris. Terlihat Haris tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

"Lah, you kalau mengantuk, masuk lah bilik, duduk sini kenapa? ", tegur Mar.

#######################

"Tolong cari dalam laci tu panadol kejap." arah Haris.

Mar sekadar menurut. Dibukanya laci almari tersebut lalu dicapai sepapan panadol. Dihulurkan kepada Haris.

Haris menelan 2 biji panadol berserta air yang diteguk.

"Kenapa you tak bagi tau I yang you pening. Sini I picitkan kepala you", Mar mendaratkan jari ke dahi Haris untuk memicitnya.

"Tak payah susah-susah. Dah makan panadol ni, okay la tu", balas Haris sambil menepis tangan Maria.

Tidak sedar yang hal itu akan mengundang kecil hati kepada Maria.

"I tahu yang I tak boleh jadi macam arwah isteri you. But, at least give me chance to do so.", balas Mar berkecil hati sambil menarik selimut untuk tidur.

Sedih diperlakukan sedemikian. Dia juga wanita biasa, punya hati yang lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience