Bab 41

Romance Completed 34939

Sebulan berlalu begitu pantas. Kandungan Mar sudahpun mencapai dua bulan lebih.

Walaupun begitu, dia masih ke pejabat, alasannya perut masih kecil. Berbuih mulut Kak Aina menasihatinya.

Kemesraaan yang terjalin antara Diana dan Haris makin menyakitkan mata Mar. Kadang-kadang dibutakan saja mata melihat mereka berdua.

"Sayang, you dah janjikan nak belikan I beg tu.", Diana merengek seperti anak kecil.

Mar membuat muka menyampah. Tahu benar Diana sengaja ingin menyakitkan hatinya.

"Sorry sayang. Nanti I belikan. I janji.", Haris membalas.

Mar ketika itu berada di meja Kak Aina, ada urusan yang perlu diselesaikan. Kak Aina turut menyampah dengan kelakuan Haris dan Diana.

"Eii!Menyampahnya akak. Mengada.", Kak Aina bersuara. Mar hanya tersenyum. Kelakar dengan reaksi Kak Aina.

"Biarlah akak. Mar malas nak masuk campur. Hah, apa benda yang akak nak bincangkan dengan Mar ni?", Mar menukar topik perbualan mereka.

"Macam ni, akak terpaksa pergi kursus, seminggu. Macam mana dengan Mar? Takkan nak duduk rumah tu sorang-sorang?", Kak Aina memberitahu hal yang sebenar.

Mar bingung. Mana dia mahu duduk?

"Tak apalah akak. Nanti Mar tanyakan dekat Zue ke Sya ke. Boleh tumpang sekejap.", Mar menyuarakan pendapat.

"Baiklah. Serba salah pulak akak.", balas Kak Aina.

"Tak apa. Bukan salah akak pun.", Mar tersenyum.

"Aku nak kau balik rumah esok. Tak payah duduk rumah Kak Aina lagi.", Haris mengirimkan SMS kepada Mar.

Mar hanya berserah. Tiada lagi tempat yang dapat dituju setelah Zue dah Sya memberitahu bahawa tiada tempat kosong bagi dirinya.

Pada masa yang sama, dia bersyukur kerana Haris masih mahu dia pulang ke rumah itu lagi walaupun setelah dia dihalau.

Mar berdoa agar Allah S.W.T membuka pintu hati suaminya agar kembali menerimanya sebagai isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience