Bab 51

Romance Completed 34939

Mar berjalan perlahan-lahan sambil dipimpin oleh Puan Sarimah. Haris hanya memandang, tidak dibenarkan Mar untuk menyentuhnya.
Haris pasrah. Hati Mar masih panas.

Setibanya di rumah, Mar melangkah masuk. Dia terpandang akan tangga menuju ke tingkat atas.

Air matanya mengalir, cepat- cepat diseka. Terus dia terimbau kejadian yang menyebabkan dia kehilangan anak dalam kandungannya.

Puan Sarimah memimpin Mar ke bilik mereka. Haris menyusul. Puan Sarimah yang melangkah ke luar bertembung dengan anak lelakinya.

"Banyak-banyakkan bersabar. Dia masih 'panas' lagi tu.", sempat Puan Sarimah berpesan kepada anaknya.

Haris mengangguk. Perlahan dia melangkah masuk ke bilik mereka. Dilihat Mar sedang berbaring di atas katil.

Mar memandang Haris tajam. Pandangannya kini lebih kepada benci yang meluap-luap.

Haris tidak menegur isterinya, takut kembali 'berasap'. Dia berlalu ke dapur,tidak lama selepas itu, dia datang kembali membawa dulang berisi semangkuk sup dan bubur.

"Sayang. Makan sikit. Ibu dah masakkan ni.",Haris memujuk isterinya perlahan.

Mar tidak mengendahkan Haris, seolah-olah tidak mendengar suara suaminya.

"Sayang.", sekali lagi Haris memanggil isterinya.

Mar akhirnya memalingkan muka ke arah suaminya.

"Tak nak.", Mar membalas.

"Makanlah sikit. Kosong perut tu kan.?", tutur Haris lembut.

"Memang kosong. Dah tak ada isi. Sebab anak aku, kau dah bunuh. Puas hati kau?", Mar separa menjerit.

"Astaghfirullahalazim, sayang. Bukan tu maksud abang. Abang mengaku tu semua salah abang. Abang dah menyesal.", gugur air mata Haris.

"Memang kau puas hati kan? Sebab kau tak pernah pun mengaku tu anak kau.", bidas Mar lagi.

Haris terdiam.Tidak lagi melawan.

Dia melangkah ke luar bilik. Ditinggalkan makanan itu di atas meja kecil bersebelahan katil isterinya.

Tidak mahu berbalah lagi dengan isterinya.

Latest update:
8/9/2017, 5:32p.m

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience