Bab 91

Romance Completed 34939

"Masak, aku lapar.", arah Diana. Dengki melihat Mar yang hanya bersantai di ruang tamu.

"Pergilah tengok dekat dapur tu, aku dah siap masak dah pun.", balas Mar, mata masih melekap pada skrin handphone.

Haris melangkah masuk ke dalam rumah, masih letih pulang dari kerja.
"Sayang! Dah balik.", terus Diana tergedik- gedik.

"Kau dah masak? Kemas rumah?", terus Haris menyoal Mar, tidak ubah seperti pembantu rumah dia melayan Mar.

Mar tidak melayan, senyap tiada balasan. Geram masih tersisa dengan Haris.

"Kau dengar ke tak?", disambar handphone di tangan Mar dan terus dibaling ke dinding.Berkecai.

"Dah puas hati?", akhirnya Mar bersuara.

"Siapkan makanan. Aku nak mandi dulu. Jangan terhegeh- hegeh.", arah Haris lagi. Dia berlalu bersama Diana ke tingkat atas.

Haris dan Diana turun kembali selepas lebih kurang setengah jam berlalu. Diana masih lagi dengan kegedikannya.

"Ambilkan air suam dalam gelas ni", Haris menghulurkan sebiji gelas kaca.

Mar memanaskan air, hati- hati dia menuangnya di dalam gelas. Malangnya, gelas tersebut tergelincir dari tangannya. Kaca bertaburan di atas lantai.

"Mop cepat. Kerja senang pun tak boleh nak buat.", marah Haris.

Diana bangun untuk ke sinki. Sengaja mahu mengejek Mar. Dengan lantai yang masih lagi licin, dia malangnya terjelopok jatuh.

Haris dan Diana turun kembali selepas lebih kurang setengah jam berlalu. Diana masih lagi dengan kegedikannya.

"Ambilkan air suam dalam gelas ni", Haris menghulurkan sebiji gelas kaca.

Mar memanaskan air, hati- hati dia menuangnya di dalam gelas. Malangnya, gelas tersebut tergelincir dari tangannya. Kaca bertaburan di atas lantai.

"Mop cepat. Kerja senang pun tak boleh nak buat.", marah Haris.

Diana bangun untuk ke sinki. Sengaja mahu mengejek Mar. Dia mahu memanfaatkan keadaan lantai yang masih licin itu, dengan itu dia pura- pura tergelincir dan menjerit kesakitan. Haris terus pantas mendapatkan Diana.

Diana benar- benar nekad untuk mengusir Mar dari rumah tersebut walaupun harus mempertaruhkan nyawa kandungannya

Latest update:
5:55p.m, 6/4/2108

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience