Bab 89

Romance Completed 34939

Mar menonton TV seorang diri di ruang tamu. Haris dan Diana sudah lama keluar. Mar dibiarkan tinggal seorang diri di rumah.

"Mar, datanglah rumah akak. Akak buat birthday party anak akak ni"- Kak Aina.

Mar terus bersiap, walaupun pada awalnya dia mahu menolak pelawaan tersebut. Tetapi, memandangkan dia berseorang, terus diterima.

"Wah! Ramai juga yang datang. Comel je Rayqal tu.", ucap Mar sambil memandang anak lelaki Kak Aina.

"Bolehlah, jiran- jiran dengan kawan- kawan akak je semua tu.", balas Kak Aina.

Kak Aina memerhatikan riak wajah Mar yang agak murung.

"Anything to share?", soal Kak Aina sambil tersenyum.

" Haris, dia bawa Diana masuk ke rumah kitaorang.", jawab Mar.

"Ya Allah, kenapa sampai macam tu?", mengucap panjang Kak Aina mendengar jawapan Mar.

"Mar dah banyak bersabar dah akak. Tapi, makin menjadi perangai Haris.", luah Mar.

Kak Aina menggeleng mendengar cerita dari Mar. Sungguh kejam tindakan Haris.

"Mar tak tahu sampai bila Mar boleh tahan. Sakit hati ni Allah je yang tahu akak.", berkaca matanya.

"Akak tak tahu macam mana nak tolong kamu Mar. Akak cuma boleh jadi pendengar masalah Mar.", Kak Aina turut bersedih.

Latest update:
3:07a.m, 6/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience