Get the app for full experience
"Kenapa you buat semua ni?", soal Mar pelik. Jauh di sudut hatinya dia terharu dan gembira.
"Saja, nak sambut kepulangan kau.", balas Haris sambil meneguk segelas air.
"You nampak langsung tak rasa bersalah atas apa yang you dah buat dekat I. Then, you expect I akan lupa semuanya dengan cara macam ni?", hambur Mar. Haris masih kelihatan tenang.
"Kau nak aku melutut minta maaf dekat kau? Macam tu?",soal Haris pula.
Mar melepaskan keluhan. Malas menjawab soalan bodoh dari Haris.
"Senyap pulak", Haris tertawa mengejek.
"Dah lah, buang masa cakap dengan orang macam you. Semua benda you nak menang", jeling Mar.
"Bosanlah tak berborak. Lama aku tak berborak dengan kau....
"Sejak bila bertudung? Cantik, aku suka.", sambung Haris lagi.
"I pakai tudung bukan untuk nampak cantik dekat mata you.", sangkal Mar.
"Habis tu, dekat mata jantan tu?", Haris menuduh
Sekali lagi Mar mengeluh, dijeling saja Haris. Haris tersedar keterlanjurannya.
"Okay, tak.", sempat dia ketawa.
Mar pelik, sepanjang berborak dengan Haris, tidak sekali pun nama Diana dipetik olehnya.
Tetapi dia hanya memilih untuk berdiam, tidak mahu ambil pusing tentang hal rumahtangga mereka.
Latest update:
11:21 a.m, 7/4/2018
HAPPY 100TH CHAPTER, SIKIT JA LAGI GUYSS.. STAY TUNE TAU, LEPAS HABIS NI SAYA NAK KELUARKAN NOVEL BARU.. HEHEHE.. SOKONG TAK?