Bab 45

Romance Completed 34939

"Ibu, kitaorang masuk bilik dulu, mengantuk dah ni.", tutur Haris kepada ibunya.

Diperhebatkan lakonannya dengan berpura-pura menguap. Tangannya sebelah lagi memeluk pinggan Mar, lakonan harus nampak natural.

Puan Sarimah menggeleng kepala melihat anaknya.

Setibanya di bilik mereka, Haris mengunci pintu rapat. Takut perbualan mereka akan didengari oleh ibunya.

"Kau cakap sekarang apa yang kau bualkan dengan ibu tadi. Kau jangan macam-macam eh.", Haris memberi amaran.

"Mana ada. Mar borak-borak je dengan ibu.", Mar membela diri.

"Kalau ibu tahu,jaga kau.", Haris kembali bersuara

Mar mengangguk tanda faham. Dia berlalu ke katil, mahu tidur. Penat.

Sejak kandungannya makin membesar, makin penat pula dia rasakan.

Mar baring di sebelah Haris. Dia menghadap ke arah suaminya.

Haris membaringkan diri di atas katil, dia menghadap ke arah siling.

Mereka dipisahkan dengan bantal panjang di tengah - tengah. Mar terus memandang Haris, lelaki tu tidak perasan mungkin.

Lama-lama mata Mar semakin layu. Akhirnya dia tertidur dalam keadaan mengiring ke arah suaminya.

Haris memandang ke arah isterinya. Mar sudahpun tertidur.

"Eh cepat pula dia tidur.", fikir Haris.

Dia menelek wajah isterinya. Ingin disentuh tetapi hati kata, Tidak!

Pandangannya jatuh ke perut isterinya yang makin membulat. Dia yakin itu anak hasil benihnya, tetapi kerana egonya, Mar dilayan dengan teruk. Marahnya masih bersisa.

Haris akhirnya juga tertidur. Kepalanya runsing memikirkan masalah yang menimpa rumahtangganya.

Mar terjaga dari tidur kerana terdengar laungan azan subuh. Dia berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu.

Perlahan-lahan digoncang tubuh Haris. Nasib baik suaminya berbaju, kalau tidak sudah batal wudhunya.

Haris akhirnya terjaga. Terkebil-kebil memandang Mar.

"Jom solat jemaah, abang. Ibu dah tunggu tu rasanya. Mar dah ambil wudhu. Tunggu abang je ni.", lembut saja Mar menuturkan kata-kata.

Haris tersenyum jahat. Dengan pantas dia memegang lengan isterinya yang terbuka. Batal wudhu Mar.

"Abang memang sengaja kan.", Mar memandang Haris tajam. Tahu yang Haris sengaja mahu mengenakannya.

Haris meloloskan diri ke dalam bilik air. Terdengar suaranya ketawa, agak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience