Bab 96

Romance Completed 34939

"Jom singgah makan mana- mana dulu. I tak lunch lagi ni.", Mikail memberi cadangan.

Mar mengangguk.
"Okay, I pun lapar juga ni.", jujur Mar.

"Sini je lah", Mikail memarkir kereta.

Mikail dan Mar keluar dari perut kereta. Tiba-tiba terdengar suara seorang wanita memanggilnya..

"Mar!", Diana memanggil dari jarak yang tidak terlalu jauh.

Terus mati senyuman dari bibirnya, memori lama berputar kembali. Takut jikalau Haris turut bersama isterinya.

"Mar, I minta maaf atas semua yang dah jadi.", rayu Diana sambil mengendong seorang bayi perempuan. Mungkin anaknya bersama Haris.

"Tak ada apa yang I nak maafkan. Pergi, jangan ganggu hidup I lagi. Ambil lah Haris, I takkan ganggu hidup both of you lagi", balas Mar serius.

"Tapi...

"Jom Mikail, I lapar.", terus Mar berlalu pergi meninggalkan Diana.

"Haa.. Okay.", serba salah Mikail, Mar masih tidak mengetahui perkara sebenar

Mikail dan Mar melangkah masuk ke Restoran Nasi Ayam tersebut. Sejak bertemu dengan Diana tadi, Mar tidak banyak bersuara.

Fikirannya berterbangan, terlalu perit mengenangkan perbuatan Diana dan Haris. Mikail turut senyap, tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Pesanan makanan sudah sampai, Mar masih lagi termenung.
"Mar, makanan dah sampai ni", Mikail melambai.

"Sorry, tak perasan.", balas Mar.

Mereka menikmati makanan. Walaupun begitu, fikiran Mar masih bercelaru.

Latest update:
1:17a.m, 7/4/2018

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience