Get the app for full experience
Mar baru keluar dari bilik pemeriksaan. Dia mencari Mikail, tidak pula dia berada di tempat tadi.
Mar masih mencari, pelik ke mana Mikail pergi. Dia ternampak Mikail, sedang berborak dengan seorang wanita, Diana!
Mar seperti mahu melarikan diri, jika Diana disitu, Haris juga mungkin berada di situ. Cepat- cepat Mar bersembunyi di sebalik dinding.
"Macam mana ni, mana aku nak mengelak?", fikir Mar, dia buntu. Handphone tidak dibawa bersama, tidak dapat menghubungi Mikail. Kepala masih rasa pening.
Mar akhirnya mahu keluar dari tempat persembunyiannya, tidak ada cara lain kecuali bersemuka sahaja dengan masalahnya.
Dia memalingkan badan, kepalanya terlanggar badan seseorang.Mar memanggungkan kepala. Haris! Dengan wajah yang tidak beriak. Pucat terus wajah Mar.
"Kau nak lari mana?", Haris makin mendekat, Mar seakan terdorong ke dinding.
"Apa ni? Orang pandang lah, mana ada I lari.", balas Mar membela diri.
"Habis kau buat apa dekat sini? Kau jangan ingat aku tak nampak.", perlahan suara Haris tetapi bernada tegas.
" Mana ada apa- apa. Lepaslah Haris.", Mar tidak selesa dipandang orang.
"Kau buat apa dekat sini?", Haris memandang tepat ke dalam mata Mar.
"Bukan urusan you.", Mar memberanikan diri menjawab, sakit kepala yang mencengkam tidak dihiraukan.
"Habis kalau bukan urusan aku, urusan jantan tu maksud kau?", tebak Haris.
"I anggap dia kawan I, nak harap you?", sinis balasan Mar.
Haris memandang Mar tajam. Api kemarahan semakin membara mendengar balasan dari Mar.
"Kau ikut aku.", Haris mengenggam lengan Mar, ditarik wanita itu bersamanya.
Latest update:
9:55p.m, 5/4/2018