Get the app for full experience
5 tahun lepas....
Mar dan Qila bersahabat baik sejak perkenalan mereka di universiti. Mereka seumpama belangkas.
Bezanya Qila lebih menjadi perhatian para lelaki kerana perwatakannya yang ayu, sopan santun dan manis bertudung.
Berbeza dengan Mar yang berpakaian lebih kepada mencolok mata.
" Mar, aku minta maaf. Aku tak berniat nak rampas Haris dari kau. Kau jangan salah faham dengan aku. Aku sayang kau sebagai kawan.", ucap Syaqila memujuk sahabat baiknya.
Dia tahu Mar cemburu kerana Haris telah meluahkan rasa cintanya kepadanya. Padahal, Qila sudah lama tahu yang Maria sudah lama meminati Haris tapi belum pernah diungkapi oleh Maria kepada Haris
"Well.Kau tak payahlah nak tunjuk baik. Bila dah jadi macam ni. So, aku rasa kau ambil je lah dia. Lepas ni, kau dengan aku bukan lagi kawan. Kita putus kawan. Thanks for being my friend for this 3 years.", balas Mar.
Sakit hatinya kerana drama percintaan mereka.
Syaqila hanya menghantar pemergian sahabatnya dengan air mata. Pilu hatinya kerana dituduh yang bukan- bukan.
" Aku akan biarkan korang bahagia. Tapi takkan lama, sementara ja", ujar Mar sendirian.
Hatinya sakit bila tahu Haris sebenarnya mencintai Qila. Baginya Haris adalah cinta pertamanya. Takkan dilepaskan sampai bila-bila.
MAAFKAN AKU MAR. AKU TAK MAMPU NAK BUAT APA LAGI BILA HARIS SENDIRI YANG SEBENARNYA MENOLAK KAU. DIA CINTAKAN AKU.